Tak berhenti bersedekah, arwah Siti Sarah sempat sumbangkan tudung buat jururawat sebelum ditidurkan

Tak berhenti bersedekah, arwah Siti Sarah sempat sumbangkan tudung buat jururawat sebelum ditidurkan

Kisah kebaikan Allahyarham Siti Sarah tidak putus-putus didengari sejak dari awal lagi hinggalah akhir nafasnya.

Menurut pengurus arwah, Nana Mohammad Rom, arwah sangat pemurah dan banyak menderma kepada ramai orang tanpa mengira latarbelakang termasuklah kepada pengikutnya yang meminta bantuan di Instagram (IG).

Arwah Siti Sarah juga sangat mudah untuk menghulurkan bantuan buat rakan artis, serta bekas wartawan tetapi tidak mahu kebaikannya dihebahkan.

“Sempat derma tudung, sebelum koma”

Arwah juga sempat memindahkan sejumlah wang kepada ibu tirinya dan meminta untuk dipanjangkan sedekahnya sebelum menaiki ambulan ke hospital.

Sebelum ditidurkan, arwah Siti Sarah sempat berpesan kepada pembantu peribadinya untuk  memberikan tudung jenamanya kepada jururawat di hospital.


“Sangat menjaga pemakanan”

Menurut Nana, arwah tidak mempunyai sejarah penyakit kronik sebelum ini dan sentiasa menjaga pemakanannya.

Arwah sentiasa mendapatkan nasihat doktor peribadinya ketika menjalani kuarantin di rumah sebelum dikejarkan ke hospital apabila paras oksigennya disahkan menurun pada hari kelapan.

Sumber: BH Online