‘Tak ada orang kahwin hari ini, terus beranak hari ini’ – Doktor jawab soalan kenapa kes Covid-19 makin naik

‘Tak ada orang kahwin hari ini, terus beranak hari ini’ – Doktor jawab soalan kenapa kes Covid-19 makin naik

Di TikTok, Dr Malar Santhi menjawab segala persoalan yang bermain di fikiran netizen berhubung peningkatan jumlah kes Covid-19 di Malaysia. Rata-rata netizen meluahkan rasa hairan kenapa jumlah kes masih menunjukkan trend peningkatan sedangkan jumlah pemberian vaksin di negara ini turut meningkat.

Celoteh Dr Malar

Kes harian yang positif hari ini bukan dapat gejala hari ini. Mereka bukan close contact hari ini. Mereka mungkin dapat dalam jangka masa 10 atau 14 hari sebelum ini. Kita kena faham. Jumlah vaksinasi yang dikeluarkan statistiknya oleh JKJAV bukannya suntik hari ini terus kebal hari ini. Tak ada orang kahwin hari ni, terus beranak hari ini. Untuk melahirkan anak pun perlu sembilan bulan betul tak? Jadi untuk vaksinasi ini, selepas menerima dos kedua, dua hingga tiga minggu selepas itu baru imuniti lengkap terbina. Jadi 400 ribu, 500 ribu dos suntikan yang diberikan itu tidak akan menunjukkan impak yang positif pada hari ini.

Menurut Dr Malar, kita akan nampak penurunan yang baik dalam jangka masa empat hingga enam minggu akan datang apabila pemberian dos vaksin semakin meningkat dan berpanjangan. Lebih penting, pemberian dos kedua kepada semua individu mampu membentuk imuniti lengkap selepas 14 hari mereka menerima vaksin. Tambah Dr Malar, dia menjangka kes akan kembali menurun pada bulan September nanti.

Golongan divaksin dapat jangkitan ringan

 

Kita dah lama hidup dengan Covid ini. Sebab itu kita semua tahu yang close contact akan dilakukan saringan 10-14 hari kebelakang. Sama juga buat mereka yang mengambil vaksin. Kami kata mereka memerlukan dua hingga tiga minggu untuk jangka masa imuniti lengkap. Baru kurang kadar jangkitan. Walaupun golongan divaksin ini telah mendapat jangkitan, kami perhati mereka dapat jangkitan yang lebih ringan iaitu tahap satu dan dua.

Ujar Dr Malar lagi, kebanyakan pesakit yang berada di tahap empat dan lima ini merupakan penerima dos vaksin pertama ataupun baru menerima dos kedua. Oleh itu, Dr Malar berharap Malaysia mampu mencapai imuniti tetap lebih kurang 60 peratus dalam jangka masa terdekat seperti beberapa negara yang lain.

Sumber: Dr Malar