Tahniah! Wawa Zainal selamat bersalin anak ke-4-“Lain macam sakit dia..”

Tahniah! Wawa Zainal selamat bersalin anak ke-4-“Lain macam sakit dia..”

Pelakon dan usahawan popular, Wawa Zainal selamat melahirkan cahaya mata keempat di sebuah pusat perubatan awal pagi tadi.

Berita gembira itu dikongsi menerusi laman Instagram miliknya dengan memuat naik sekeping foto bersama bayi yang belum didedahkan jantinanya dan suami, Aeril Zafrel di atas katil hospital.

 

“Alhamdulillah selamat melahirkan pagi tadi. Jam 2am menahan sakit.. tak sampai hati nak kejut Aeril.. tunggu la sampai 5 pagi.. sampai2 hospital dah 9cm 😅
“Lain macam sakit dia walaupun anak ke4 dah. Nama belum ada, ada cadangan ke?😆 ,” tulis pelakon berusia 30 tahun itu.

Menerusi perkongsian suaminya yang juga pelakon, Aeril atau nama sebenarnya Suhairil Sunari turut berkongsi foto bersama bayi berkenaan selain mengucapkan terima kasih atas doa orang ramai.

 

 

“Assalamualaikum anakku… terima kasih semua atas doa-doanya,” kongsi Aeril.

Sebelum ini, warganet cuba meneka jantina bayi pasangan tersebut yang mungkin menimang anak lelaki berdasarkan foto penampilan bertemakan biru ketika bercuti di Pulau Langkawi.

 

 

 

Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin berkahwin dengan Aeril pada 2013 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 7, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 5, dan Ayya Soffya yang kini berusia setahun.

 

Sumber: Instagram Wawa Zainal & Aeril Zafrel