‘Tahniah!’ peminat teruja TikTok Manchester United guna ‘sound’ Ryan Bakery
Siapa yang banyak luangkan masa dalam aplikasi TikTok, pasti pernah melihat video-video daripada Ryan Bakery kan?
Dia banyak memuat naik content yang sangat relatable dengan rakyat Malaysia, khususnya zaman kanak-kanak mereka yang lahir pada era 90-an dan setakat ini, followers Ryan Bakery telah mencecah 2.8 juta! Bukan biasa-biasa.
Semalam, heboh di media sosial apabila kelab bolasepak gergasi United Kingdom, Manchester United menggunakan sound oleh content creator Malaysia itu untuk salah satu video dalam TikTok rasmi mereka.
https://www.tiktok.com/@manutd/video/7135084491005021445?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7067056276559365634
Video tersebut menunjukkan skill winger Manchester United, Jadon Sancho ketika dalam perlawanan menentang kelab Liverpool baru-baru ini.
Lebih mengejutkan, video tersebut juga menggunakan kapsyen ‘Tunjuk Skill’ untuk video yang dimuat naik dalam akaun TikTok yang mempunyai 16.7 juta followers itu.
Sudah pastinya, perkara itu amat mengujakan peminat kelab tersebut, ada netizen yang seakan tidak percaya kelab gergasi itu menggunakan sound daripada Ryan Bakery dan mempersoalkan apakah admin akaun tersebut merupakan rakyat Malaysia.
Tapi macam mana pun, memang smart woo! Powerlah Ryan Bakery!