Tahniah! Jihan Musa selamat bersalin anak kedua

Tahniah! Jihan Musa selamat bersalin anak kedua

Sekalung tahniah diucapkan kepada pasangan selebriti, Jihan Muse dan suami, Ungku Haris kerana selamat menimang cahaya mata kedua.

Khabar gembira ini dikongsikan oleh isteri kepada pelawak terkenal Fad Bocey iaitu Nur Syahirah A Rahman menerusi laman Insta Story miliknya semalam.

“Tahniah, Kak Jihan Muse. Akhirnya Arsalan dah ada adik. Semoga semua dalam keadaan baik. Selamat berpantang,”tulisnya.

Sementara itu, menerusi platform yang sama, pasangan itu ‘repost’ status yang sama daripada pihak Avisena yang turut menitipkan ucapan tahniah atas kehadiran orang baharu dalam hidup mereka.

Malah, pihak Avisena juga mengucapkan terima kasih atas kesudian mereka memilih hospital berkenaan.

Terdahulu, Jihan berkongsi beberapa kepingan foto di Insta Story mengenai perkembangan semasanya menghitung detik melahirkan anak kedua di bilik wad sambil ditemani suami dan anak sulungnya di sebuah pusat perubatan tersebut.

Setakat ini, pasangan selebriti itu masih belum mendedahkan identiti dan jantina anak kedua mereka.

Sekadar info, Jihan mendirikan rumah tangga dengan pelakon Ungku Hariz pada 20 Mac 2016. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Ungku Arsalan Haq kini berusia 4 tahun.

Sumber: Instagram @jihanmuse