Tahniah! Datuk Seri Eizlan Yusof sambut kelahiran baby girl hari pertama Ramadhan

Tahniah! Datuk Seri Eizlan Yusof sambut kelahiran baby girl hari pertama Ramadhan
Pada tanggal 13 April 2021, isteri Datuk Seri Eizlan Yusof selamat melahirkan bayi perempuan seberat 2.98 kilogram yang dinamakan Baby ZR di Hospital UMRA, Shah Alam pada jam 1 petang.

Berita gembira itu malah dikongsikan petang semalam secara video pendek di laman Instagram beliau.

Eizlan Yusof dan isteri

Melalui temu bual bersama BH Online, Datuk Seri Eizlan Yusof mengatakan bahawa dirinya dan isteri telahpun memberi nama untuk bayi perempuannya itu tetapi buat masa sekarang ni mereka bersepakat tidak berkongsi kan dahulu dan hanya memanggil Baby ZR.

Cukuplah dipanggil Baby ZR.

Tambahnya lagi, amat sukar untuk Datuk Seri Eizlan Yusof menggambarkan kehadiran cahaya keempat ini dengan kata kata kerana terlalu gembira.

Saya bersyukur dikurniakan rezeki inilah harta dunia akhirat. Terima kasih kepada isteri kerana mengusung kandungan sembilan bulan dan melahirkan cahaya mata, tanda cinta kami.

Datuk Seri Eizlan Yusof turut berkata, hospital yang dimiliki oleh kawannya itu telah melihat detik-detik yang sama ketika cahaya matanya yang lain juga dilahirkan di hospital tersebut menerusi perkahwinan pertamanya.

 

SUMBER : BH Online