Tahap empat Covid-19, abang Siti Sarah dipindahkan ke ICU

Tahap empat Covid-19, abang Siti Sarah dipindahkan ke ICU

Pelawak dan usahawan Shuib, 36, berkongsi keadaan terkini abang kepada arwah isterinya, Siti Sarah iaitu Ahmad Firdous Raissuddin.

Dimasukkan ke ICU

Menurut Shuib, abang iparnya kini dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Serdang, Selangor selepas dijangkiti Covid-19 tahap empat.

Berita itu dikongsikan menerusi sebuah hantaran di Instagram (IG)nya kira-kira pukul 3 pagi hari Khamis.

Assalamualaikum semua.. Allah Maha Besar. Allah Maha Kuasa. Baru dapat panggilan abang ipar saya. Abang kepada arwah dimasukkan ke ICU.

Saya mohon mendokan. Semoga diberi kesembuhan segera. Amin.

Sebelum ini, Pegawai Perhubungan Awam, Syarikat Indigital Music, Elyias Omar memberitahu paras oksigennya telah stabil dan menjalani rawatan di wad biasa.

Firdous dikerjakan ke hospital kerana tahap oksigennya yang rendah iaitu turun 93 peratus.

Difahamkan juga, isterinya turut disahkan positif Covid-19. Namun kedua-dua anak mereka bebas dari virus berkenaan.

Dia bersama isterinya telah disahkan positif selepas empat hari keluarga Siti Sarah dijangkiti dan mereka telah menjalani kuarantin kendiri di rumah selama lapan hari.

 

Sumber: Instagram @shuibsepahtu, Facebook @Ahmad Firdous Raissuddin