”Tabik hormat Pak Cik untuk anak-anak sekalian..” – Dr Radzi Jidin

”Tabik hormat Pak Cik untuk anak-anak sekalian..” – Dr Radzi Jidin

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin mengucapkan tahniah kepada semua calon dan pihak yang terlibat dalam memastikan kelancaran peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020.

Beliau berkata, peperiksaan SPM 2020 melakarkan sejarah pertama buat negara apabila berlangsung dalam tempoh pandemik yang mencabar.

”Kita lalui tempoh ini dengan penuh sukar, semua pihak perlu mengharungi pelbagai cabaran.

”Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapakn terima kasih kepada jentera kita di Kementerian Pendidikan kususnya lembaga peperiksaan dalam memastikan peperiksaan SPM 2020 berjalan dengan baik,” katanya.

 

Beliau turut mengingatkan kepada semua calon bahawa apa sahaja keputusan yang diperoleh mereka pada hari ini adalah hasil daripada generasi pelajar yang hebat kerana belum pernah mana-mana pelajar mengharungi cabaran belajar dari rumah.

”Untuk anak-anak kita calon SPM 2020, SPM pro max 2020, apa sahaja keputusan yang anak-anak dapat pada hari ini, ingatlah generasi anak-anak adalah generasi yang hebat.

 

”Belum pernah ada mana-mana tahun SPM yang melalui dugaan, cabaran, dan juga rintangan seperti mana anak-anak calon SPM 2020, tabik hormat pak cik untuk anak-anak sekalian,” katanya.

Sumber: Sidang Media Kementerian Pendidikan Malaysia