Syafiq Kyle, Mimi Lana nikah tahun depan

Syafiq Kyle, Mimi Lana nikah tahun depan

Pelakon Syafiq Kyle mengumumkan dirinya bakal menamatkan zaman bujang tidak lama lagi dengan kekasih hatinya yang juga seorang selebriti, Mimi Lana.

Syafiq atau nama sebenarnya Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak berkata, dia sudah bersedia untuk bergelar seorang suami dan majlis pernikahan tersebut dijangkakan bakal berlangsung pada tahun depan.

“Sebenarnya, saya sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga pada usia begini,”ujar aktor berusia 30 tahun ini.

Dalam pada itu, Syafiq mendedahkan mereka mungkin tidak akan mengadakan majlis pertunangan kerana mahu terus bernikah dan melunaskan perkara wajib seperti tuntutan agama.

Dikesempatan itu, Syafiq menafikan khabar angin yang mengatakan mereka berdua bakal bernikah sekitar tahun ini.

 

“Bagaimana nak nikah pada hujung tahun jika tiada persiapan dilakukan? Saya belum ‘tempah’ tok kadi pun untuk majlis tersebut
“Setakat ini, kami masih ada tarikh yang tetap kerana perlu menyelesaikan beberapa komitmen kerjaya sendiri terlebih dahulu.
“InsyaAllah, kami tak akan berahsia apabila tarikh sudah ditetapkan nanti,” ujarnya.

Terdahulu, pasangan popular itu dikhabarkan bercinta selama lima tahun sebelum dikatakan putus pada Mei 2020.

Namun, mereka dilihat seolah-olah kembali menjalinkan hubungan cinta menerusi beberapa perkongsian di laman Instagram masing-masing.