Syafiq Kyle kongsi video cucuk vaksin curi tumpuan netizen, “Berbaju kurung ayu sopan… Mimi Lana kan”

Syafiq Kyle kongsi video cucuk vaksin curi tumpuan netizen, “Berbaju kurung ayu sopan… Mimi Lana kan”

Kini ramai sudah mendapatkan vaksin mereka dan ada yang baru menerima janji temu untuk dos pertama dan ada juga yang sudah lengkap dicucuk vaksin dua dos.

Pelakon terkenal, Syafiq Kyle juga berkongsikan momen dia telah lengkap menerima dua dos vaksin dengan bersertakan video yang dimuat naik di ruangan Instagram peribadinya.

Dia juga ingin mengingatkan orang ramai yang divaksin atau akan menerima vaksin agar menjaga diri dan mendapatkan rehat yang secukupnya.

IMG_20210809_084353

Walau bagaimanapun, dalam pada melihat momen sepanjang selebriti kegemaran ramai ini divaksin di pusat vaksin, netizen sempat mengusiknya apabila terlihat penampakan seseorang yang dikenali mereka.

 

Kelibat itu difahamkan Mimi Lana bersama Syafiq Kyle yang bersama-sama mendapat vaksin yang kedua berikutan selebriti jelita itu juga ada memuat naik foto-foto berbaju ayu kebaya di pusat vaksin.

Lalu menjengah ke ruangan komen di posting itu, video yang dikongsi mencetuskan Syafiq Kyle dan Mimi Lana dihujani pelbagai respon oleh netizen disamping kelibat Wany Hasrita juga menjadi perhatian mereka.

“Fokus Syafiq promot 100 plus tak, fokus cari Mimi Lana ya”

Syafiq

“Hmm nampak dah siapa”

Syafiq

“Yang berbaju kurung ayu sopan manis berjalan tu, Mimi Lana kan. Sweet…”

IMG_20210809_084530IMG_20210809_084550