Suruh keluarkan ayam dan cili kering tapi lain yang dibuatnya, “Penyabar sungguh akak ni…”
Para isteri atau ibu apabila berada di luar pasti akan meminta tolong ahli keluarga yang berada di rumah sama ada anak-anak atau suami untuk keluarkan bahan masakan dari dalam peti ais kerana mereka ingin terus masak selepas sampai di rumah.
Walaupun permintaan tersebut mudah sahaja, pasti akan ada benda yang tidak kena apabila mengharapkan anak-anak dan suami, sama ada mereka terlalu leka sehingga terlupa untuk membuat apa yang disuruh, atau gagal untuk memahami arahan seperti yang dipamerkan oleh seorang lelaki ini.
Dalam sebuah perkongsian di Twitter, pengguna Mila Karim berkongsikan tangkapan skrin perbualannya dengan suami yang pada ketika itu berada di rumah sementara dia di luar.
Suami yang tersakiti 🥺 pic.twitter.com/syFraMnKWR
— Milakarim (@Milakarim2) July 5, 2021
Dia menyuruh suaminya keluarkan ayam dan cili kering yang beku dari dalam peti ais dan masukkan ke dalam singki. Tetapi video yang dihantar suaminya menunjukkan lelaki itu membuat lain dari yang disuruh.
Sambungan suami yang tersakiti 2 🥲 pic.twitter.com/kV3h4AtMtq
— Milakarim (@Milakarim2) July 5, 2021
Apabila wanita tersebut pulang ke rumah, bukan sahaja suaminya keluarkan ayam dan meletakkannya di atas tong sampah sehingga ais meleleh, malah cili yang dikeluarkannya pun bukan cili kering tetapi cili padi, membuat wanita tersebut membebel.
Isteri tersakiti episode akhir 🥲 pic.twitter.com/thUYNZxPuS
— Milakarim (@Milakarim2) July 5, 2021
Ragam suami isteri itu menghiburkan netizen di samping ada juga yang mengaku tidak akan dapat bersabar jika suami mereka melakukan kesalahan seperti itu.
“tarik telinga dia lain kali…”
sambil terangkan tu, tarik telinga dia lain kali 🤣 https://t.co/SOb0dOKqRO
— ohma-san (@nazriyn) July 6, 2021
“Kalau aku ni…”
Ni kalau aku ni, memang hampa dah boleh mai makan kenduri arwah dah ni. Puan sakinah tanam hidup hidup https://t.co/r92FSwDwRi
— Orang Tua Gatai 🇲🇾 (@FaizIkhwani) July 6, 2021
“saje nk ngusik …”
Hahaha, slalu buat dekat ibu asbab saje nk ngusik die, kalau tak dicepuk mendengo la khutbah bukan hari jumaat🤣. https://t.co/nYsZuN6Euh
— Afieq (@ameer17afiq) July 6, 2021
“penyabar teruk akak ni…”
ya Allah, penyabar teruk akak ni.. kalau saya dah mengamuk terus takde mood nak masak dengan ayam berair macam tu adeh hahahaahahahahha semoga bakal suami saya tak macam ni 😩🤘🏻 https://t.co/O3rV9yNkq7
— 𝑓𝑎𝑟ℎ𝑎𝑛𝑎ℎ (@farnaster) July 6, 2021
“Aku rasa laki dia konfius…”
1. Aku rasa laki dia konfius “turunkan ayam jap” means letak ayam tu kat area bawah-bawahan. Dia terus skip baca “letak ayam dlm sinki”
2. Aku rasa laki dia konfius cili kering tu cili yg telah kering & bukan cili basahan.
3. Aku rasa laki dia pelik kenapa nak kena post bagai😂 https://t.co/3fxSm0rMhj— stark (@syedhfz) July 6, 2021