Sukan Komanwel: Joe Ee sumbang 2 emas untuk Malaysia
ATLET gimrama Ng Joe Ee mencuri tumpuan ramai apabila menghadiahkan dua pingat emas untuk Malaysia di Sukan Komanwel.
Dengan sumbangan cemerlangnya pada Sabtu, Malaysia mencapai sasaran enam pingat emas di Birmingham.
Joe Ee yang berusia 17 tahun meraih emas menerusi disiplin riben dalam saingan yang berlangsung di Arena Birmingham.
Joe Ee menawan para juri dengan persembahannya yang memungut 29.700 mata besar untuk menduduki tempat teratas dalam perlawanan akhir hari ini.
Suzanna Shahbazian dari Kanada meraih perak (29.050) dan gangsa menjadi milik Anna Sokolova dari Cyprus (28.800).
Sebelum itu, dia turut meraih emas dalam disiplin bola.
Untuk rekod, ini merupakan kali pertama Joe Ee membuat kemunculan di temasya itu.