“Suami terlebih bahagia la katakan..”, bikin terhibur dengan perubahannya

Lelaki sebelum dan selepas berkahwin mesti akan nampak perbezaan yang ketara. Biasanya lelaki bujang kurang menjaga bab makan dan aktif bersukan, jadi tak mustahil lah badan mereka juga fit dan kurus. Tetapi selepas berkahwin, rata-ratanya mesti akan berubah dan naik berat badan.

Sama juga seperti yang dikongsikan oleh wanita ini mengenai perubahan suaminya itu. Jika sebelum berkahwin, suaminya kelihatan kurus dan tegap tetapi lain pula yang jadi selepas berkahwin. Sehinggakan dia mengusik tentang suaminya yang mengandung terlebih dahulu darinya.

 

@ayu_se19

#fypシ #fyp why? Suamiku berubah bentuk

♬ original sound – alfi chantika – alfi chantika

 

Di dalam video yang dikongsikan ini, dapat dilihat perubahan suaminya sewaktu bujang dahulu yang jauh berbeza dengan sekarang. Selepas mereka berkahwin, suaminya kini mempunyai perut buncit yang mengalahkan wanita mengandung. Semasa suaminya sedang menyiapkan makanan, wanita ini sengaja zoom pada bahagian perut suaminya itu untuk menyakatnya.

Menjengah di ruangan komen, netizen juga turut sama terhibur melihat perubahan yang dikongsikan oleh wanita ini. Rata-ratanya bersetuju yang lelaki biasanya memang akan mengalami perubahan fizikal selepas berkahwin gara-gara masakan isteri mereka. Ada juga yang mengatakan ini juga adalah tanda-tanda lelaki yang bahagia selepas berkahwin.

Netizen dalam masa yang sama sempat mengusik lelaki itu dengan bertanya tentang usia ‘kandungan’ lelaki tersebut. Melihatkan perubahan lelaki ini, ramai yang bersetuju pasti isterinya mahir memasak dan menyebabkan lelaki itu terlebih bahagia sekarang ini.-HCL