Suami terkandas di Perak masa PKP, isteri mengaku terlanjur & bersalin ‘benih’ adik ipar sendiri

Suami terkandas di Perak masa PKP, isteri mengaku terlanjur & bersalin ‘benih’ adik ipar sendiri

Remuk hati seorang suami apabila mengetahui anak yang dilahirkan isteri tercinta merupakan anak lelaki lain. Lebih menyedihkan, si isteri mengakui anak yang dilahirkan merupakan anak kepada adiknya sendiri!

Pada mulanya dua beradik yang telah berumah tangga ini mengambil keputusan untuk tinggal bersama di sebuah rumah bagi mengurangkan kos sewa rumah.

 

Anak bukan daripada benihnya

Sekadar gambar hiasan

Menerusi perkongsian yang dikongsikan oleh peguam Nur Fatihah Azzahra di Facebooknya, seorang individu telah bertanyakan mengenai hukum li’an iaitu suami hendak menafikan anak yang dikandung isteri sebagai darah dagingnya.

Hal ini kerana isterinya baru sahaja bersalin 12 hari dan telah mengaku bahawa anak berkenaan bukan anak daripada benihnya. Lebih mengejutkan lagi apabila isterinya memberitahu bahawa anak berkenaan merupakan anak adiknya sendiri.

Kelahiran pertama cahaya mata mereka, tempoh perkahwinan baru capai usia setahun lebih. Sepatutnya dalam tempoh ni masing-masing sedang seronok layan baby.

Lelaki berkenaan telah bertanya kepada adik kandungnya itu mengenai apa yang sudah terjadi dan akhirnya si adik telah mengaku bahawa mereka memang kerap ‘bersama’ atas dasar suka sama suka.

Separuh gila apabila mendapat berita malang sebegitu

Sekadar gambar hiasan

Detik perit berkenaan bermula apabila pasangan berkenaan tinggal bersama ipar duainya atas persetujuan untuk mengurangkan kos sewa rumah dan mereka berempat telah tinggal sebumbung dalam satu rumah dua tingkat di Selangor. Akibat PKP, si suami terkandas di Perak kerana tidak boleh merentas negeri. Maka sejak daripada itu, tinggalah isterinya bersama adik ipar serta biras.

Namun entah bila dan bagaimana, secara tiba-tiba isterinya mengaku bahawa sudah beberapa kali terlanjur dengan adik ipar sendiri semasa suaminya dan biras tiada di rumah. Apabila isterinya mendapat tahu bahawa dirinya hamil, dia beriya-riya meminta agar suaminya merentas negeri untuk cover line kehamilannya itu.

Walau bagaimanapun, apabila anaknya lahir, isterinya telah menyedari bahawa raut wajah serta sifat anaknya itu memang mengikut rupa adik iparnya. Kerana tidak sanggup untuk menipu suaminya lagi serta menyesal dengan perbuatan yang telah dilakukannya, isterinya telah membuat pengakuan bahawa anak yang baru lahir itu sebenarnya bukan benih hasil daripada perkahwinan mereka.

Suaminya separuh gila apabila mendapat berita ‘malang’ sewaktu dia di Perak. Apabila disoal kembali oleh peguam berkenaan mengenai keyakinan dirinya terhadap isu penafian nasab berkenaan, si suami mengatakan jauh di sudut hatinya dia menganggap bayi tersebut sebagai anaknya dan perlu dirujuk kepada Hakim.

Bagi saya tu anak saya, Puan..

Sumber : Nur Fatihah Azzahra