Suami tak mahu disuap, pengantin wanita berang dan lempar makanan atas pelamin

Suami tak mahu disuap, pengantin wanita berang dan lempar makanan atas pelamin

Saat yang paling ditunggu-tunggu oleh setiap pasangan adalah apabila tibanya hari melangsungkan perkahwinan.

Ketika itu, segalanya perlu kelihatan sempurna kerana ia akan menjadi hari yang paling diingati seumur hidup.

Pun begitu, nampaknya tidak semua pengantin suka untuk berada di atas pelamin dan melakukan ‘ritual’ seperti menyuap makanan pada pasangan.

 

Sama seperti pasangan pengantin di India ini yang kelihatannya bertengkar kerana perkara tersebut.

Menurut Detik Food, video yang memaparkan aksi pertengkaran mereka tular di media sosial sejak beberapa hari lalu.

Perkahwinan yang diadakan di New Delhi itu menarik perhatian ramai kerana pengantin wanita dilihat hilang sabar dan melemparkan makanan tersebut ke arah suaminya.

Terlebih dahulu, pengantin lelaki itu dikatakan tidak mahu disuap oleh pengantin wanita walaupun ia sebenarnya salah satu adat upacara perkahwinan di India.

 

Kerana menunggu si pengantin lelaki yang tidak juga menyantap makanan ditangannya, pengantin wanita itu berang dan mereka mula bertengkar di atas pelamin itu.

Walaupun sedar bahawa kehadiran orang ramai di majlis perkahwinan mereka, tetapi pengantin wanita berterusan melemparkan makanan ke arah wajah suaminya.

Kejadian itu menarik perhatian warganet di sana dan mereka juga mempersoalkan mengenai tingkah laku kedua mempelai tersebut.

Sumber: Detik Food