Suami suka ‘kahwin cerai’ & lepas tanggungjawab, “Paling sedih 24 tahun tak pernah raya bersama!”

Suami suka ‘kahwin cerai’ & lepas tanggungjawab, “Paling sedih 24 tahun tak pernah raya bersama!”

Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga pasti inginkan kehidupan rumah tangganya bahagia bersama pasangan tersayang sehingga ke hari tua kelak. Namun, tidak semua individu yang dapat mengecapi impian untuk hidup bahagia bersama pasangannya.

Suami ‘suka’ berkahwin dan bercerai

Sekadar gambar hiasan

Menerusi luahan yang telah dikongsikan oleh Syed Azmi di akaun Facebook, kisah seorang wanita yang bukan warga negara dikenali sebagai Nur (bukan nama sebenar) telah berkahwin dengan lelaki idamannya selama 24 tahun dan telah dikurnaikan empat orang cahaya mata yang berusia 23, 21, 16 dan juga 8 tahun.

Wanita yang berusia 47 tahun itu sebenarnya merupakan isteri kedua daripada empat orang isteri yang suaminya kahwini. Nur mengatakan bahawa suaminya itu ‘gemar’ berkahwin dan sebelum mereka berkahwin, suaminya itu telah banyak kali berkahwin dan bercerai juga.

Suaminya telah menyediakan segala kelengkapan buat dirinya bersama anak-anaknya dengan rumah yang kecil serta serba sederhana. Wang untuk perbelanjaan hanya diberi jika mereka anak beranak meminta, namun jika tidak diminta dia tidak memberinya.

Wang belanja bagi sekali sekala jika kami minta. Mungkin dalam sebulan seratus atau dua ratus sahaja.

Namun, disebabkan anak keduanya yang baru sahaja habis belajar, anaknya itu bekerja dan selalu memberi wang kepadanya. Duit berkenaan digunakan dengan jimat dan dalam pada itu, dia turut menjual kuih pada waktu pagi bagi mencari rezeki lebih untuk menyara anak-anaknya itu.

Selama 24 tahun berkahwin, suami tak pernah balik beraya

Sekadar gambar hiasan

Anak sulungnya pula masih menyambung pengajiannya di universiti tempatan dan mempunyai masalah kesihatan sehingga menyebabkan hampir setiap bulan dia terpaksa dihantarkan hospital bagi mendapatkan rawatan.

Tapi dia juga ada sakit yang menyebakan tiap-tiap bulan kena pergi ke Hospital Pulau Pinang yang agak jauh dari tempat kami dengan kenderaan awam sebab kami belum mempunyai kereta lagi.

Nur juga mengatakan bahawa suaminya itu telah mengabaikan dia bersama anak-anaknya selama berbulan-bulan daripada dahulu lagi. Kadang-kadang sehingga lima atau enam bulan suaminya itu tidak pulang ke rumah. Jika pulang ke rumah, hanya bermalam sehari sahaja dan enggan tidur bersamanya.

Lebih menyedihkan lagi apabila, wanita tersebut mengatakan selama 24 tahun berkahwin, suaminya itu tidak pernah pulang ke rumah ketika hari raya. Walaupun sedih diperlakukan sebegitu oleh suami sendiri, Nur masih bersyukur dia bersama anaknya masih selamat dan menjaga kehormatan diri.

Ingin memfailkan penceraian namun dokumen tak lengkap

Sekadar gambar hiasan

Akibat berasa tersiksa sehingga sedih dan kesunyian, anak-anaknya menyuruh dirinya untuk memfailkan penceraian terhadap suaminya itu. Tetapi dia terpaksa berdiam diri kerana tidak mempunyai kad pengenalan diri dan masih dalam visa sosial.

Perkara yang merisaukan dirinya adalah jika dia memfailkan cerai dengan keadaannya yang sekarang, dia risau segala hak penjagaan anak-anaknya itu akan jatuh ke tangan suaminya dan dia terpaksa pulang ke negara asalnya.

Walau bagaimanapun, Nur dikatakan telah memohon pada pihak imigresen, namun syarat serta dokumen yang perlu dipatuhi susah untuk dilengkapkan dan suaminya sendiri tidak dapat menyelesaikan kerana telah terputus hubungan bersama mereka.

Sumber : Syed Azmi