Suami “Prank” curang degan wanita lain di hari jadi isteri

Suami “Prank” curang degan wanita lain di hari jadi isteri

Boleh dikatakan trend melakukan prank dikalangan masyarakat seluruh dunia sekarang ini sudah semakin berleluasa semata-mata untuk mengenakan orang ataupun konten media sosial.

Seperti yang terjadi baru-baru ini, seorang suami telah dikecam oleh netizen kerana membuat prank kepada isterinya.

Pada awal video tersebut, kelihatan seorang wanita datang ‘serang’ si isteri memberitahu si suami telah curang dan mahu memulangkan segala barang-barang yang ada.

 

@paktam_pya

semoga jelas..hppy bzday adik ku .#fypシ #foryoupage #tiktokmalaysia🇲🇾 #curang #prank

♬ original sound – Paktam Koboi Corner Foodtruck – Paktam Koboi Corner Foodtruck

 

Biarpun ‘diserang’, si isteri tetap tenang mengawal situasi yang telah berlaku, malah menjemput wanita tersebut untuk masuk ke rumah supaya tidak membuat kecoh.

komen tiktok

Walau bagaimanapun, niat si suami membuat prank kepada si isteri hanya mahu membuat kejutan demi menyambut ulang tahun kelahirannya.

Meninjau di ruangan komen, ramai netizen yang mengecam si suami kerana merasakan prank yang dilakukan ini melebihi batasan serta berasa kesian terhadap si isteri.