Suami nak termuntah masa isteri bersalin buat ramai terhibur!
Semasa menanti detik untuk bersalin, kebanyakan wanita pastinya mahukan suami berada di sisi mereka pada waktu itu. Tetapi bukan semua suami cukup berani untuk temankan isteri semasa bersalin lagi-lagi mereka yang ada fobia dengan darah.
Sama macam situasi yang dikongsikan ini apabila si suami hampir saja termuntah semasa menemani isteri yang sedang bersalin. Video tersebut tular di Tik Tok apabila ia menerima lebih 20 juta tontonan setakat ini.
@thehoppers4 #birth #labour #reaction #funny #fyp #omg #sick #thehopperclan #foryou #viral #foryoupage #xyzbca
Seperti yang dapat anda saksikan di dalam video ini, suami tersebut dilihat memegang tangan isterinya di dalam dewan bersalin. Melihatkan pada raut wajahnya juga kelihatan seperti dalam keadaan ketakutan mengalahkan isterinya yang steady di situ.
Sebaik saja lelaki tersebut menjenguk melihat keadaan isterinya, dia kemudian terbelahak dan hampir termuntah di situ. Reaksinya ini turut membuatkan isteri yang sedang bersalin itu berdekah melihatkan suaminya itu. Mungkin juga lelaki itu sebenarnya berasa geli melihat darah yang begitu banyak di situ.
Apa yang lebih mencuit hati, penampilan suaminya yang nampak gangster itu turut menjadi bahan usikan netizen. Walaupun memakai rantai dan bertatu persis seorang gangster, siapa sangka lelaki itu sebenarnya lemah melihat isterinya bersalin.