Suami makcik ini meninggal, Orang datang nak angkat jenazah, terbongkar semua cerita

Selain mengurus jenazah COVlD-19, kadang masa-masa terluang team kami juga akan join pihak Polis dan team KKM angkat jenazah yang meninggal di rumah untuk di bawa ke Jabatan Forensik.

Kelmarin pula Tuhan takdirkan team kami join mereka sekali lagi untuk angkat jenazah arwh ini.

Demi Allah, saya sebenarnya tidak kuat untuk menukilkan kisah ini. Tapi saya cuba untuk gagahkan diri. Bukan apa, bila kita sudah tidak ada seorang insan bernama ayah.

Di situlah baru kita mengerti, ertinya kehilangan. Kehilangan kasih dan doa seorang ayah.

Rindu untuk bertemu ayah, bertanyakan khabarnya dan menghadiahkan sesuatu untuknya, serta memenuhi segala hajatnya yang tidak kita mampu penuhi semasa hidupnya.

Memenuhi semua permintaannya yang dulu kita acuh tidak acuh mendengarnya.

Begitukan rasanya? Itulah yang saya rasakan juga sebagai anak kepada seorang ayah!

Masa mula-mula masuk kerumah arwh ni, kami semua terpaksa membongkokkan diri kerana rumahnya sangatlah rendah dan daif teman-teman.

Mereka pula hidup hanya berdua. Tiada anak dan waris yang boleh dijadikan sandaran. Syukurlah ada jiran berhampiran yang peduli dan menghubungi pihak Ambulance.

Tadi masa di forensik makcik tu ada bercerita dengan saya.

Katanya, Tok (panggilan bagi budak lelaki dalam bahasa asing).

” Masa kamu datang kerumah kelmarin. Macik risau juga kalau-kalau rumah makcik tu roboh!”

Tiangnya sangatlah kecil teman-teman.

Sambung makcik tu lagi.

” Kalau dulu saya dengan arwh hidup bersama, bergerak sikit pun berbunyi-bunyi sudah tu paku-paku dirumah. Datang lagi kamu masuk ramai-ramai. Risau makcik roboh tu rumah sama-sama kamu di dalam.

” Tapi syukurlah, macam malaikat yang datang ambil jnzah pakcikmu ini. Tiada berbunyi-bunyi lagi tu paku-paku.” luahnya.

Sambil makcik tu mengusapkan air matanya.

Sedang kami hendak mandikan jenazah di bilik mayat tadi, kami minta isterinya tengok arwah suaminya buat kali terakhir sebelum dikafankan.

Mnangis dia teman-teman. Macam mahu pengsan, kami cuba tenangkan keadaannya.

Bersabarlah ya makcik.

Aku bersama teman-teman yang lain juga turut berlenang air mata.

Masa tu barulah teringat akan arwah ayah. Teringat ibu di rumah yang kini berseorang tanpa suami yang dicintai.

Terasa ruginya hidup sebagai anak tanpa berbakti buat kali terakhir pada ibu dan ayah sehabis baik semasa hidup mereka.

Rasa menyesal sangat-sangat dan ruginya.

Kepada yang masih punya ayah dan ibu. Tolonglah sangat-sangat, hargailah mereka. Sebelum kita menyesal tak sudah menangis pun tidak berguna.

Jadilah anak yang soleh dan solehah. Tidak banyak duit untuk berikan kepada mereka pun tidak apa.

Asal kita prihatin dan jaga hati mereka selalu.

Kadang orang tua kita ni bukannya mahukan duit kita sangatpun.

Mereka pun faham hidup anak-anak mereka juga sesukar mereka dahulu.

Mereka hanya inginkan masa dan keprihatinan daripada anak-anaknya saja. Jadi teman-teman, hargailah mereka. Sayangilah mereka sebelum masa yang ada sudah tidak dapat dikembalikan lagi.

Al-Fatihah buat arwah. Sama-sama kita doakan isterinya kuat menghadapi hidup walaupun kini dia bersendirian.

Doakan arwh selamat dan dipermudahkan urusannya di sana. Doakan jiran-jiran yang baik hati disekelilingnya juga dapat memberikan pertolongan kepada isterinya kelak.

Hanya pada Allah kita berserah dan bertawakkal. Maafkan kami ibu! Maafkan kami Ayah!

Membalas jasa ibu bapa

Segelintir anak zaman kini boleh dinilai kurang memberikan perhatian terhadap ibu ayah sehingga tiada masa untuk menghubungi atau pulang ke kampung menziarahi mereka.

Mereka semakin melangkah ke usia tua dan bila-bila masa sahaja akan pergi meninggalkan anak-anak. Justeru, amalkan 9 perkara ini untuk menghargai setiap jasa ibu bapa anda. Antaranya ialah:

#1. Menjaga mereka dengan penuh hormat

jasa ibu ayahcredit to sources

Pernahkah anda menyedari bahawa semakin bertambah usia ibu ayah, mereka akan lebih terarah menjadi seperti seorang kanak-kanak kecil?

Hal ini kerana ibu ayah sudah tidak memiliki keupayaan untuk menikmati makanan sehingga memerlukan anda menyuap mereka atau perlu memakai lampin pakai buang kerana ingatan mereka yang semakin hilang.

Oleh demikian, anda perlu sabar melayani karenah ibu bapa dan menjaga mereka dengan penuh kasih sayang.

#2. Menjadi pendengar yang setia

Jika zaman anak-anak kecil dulu, biarpun dihujani dengan pelbagai jenis soalan, namun ibu ayah tetap akan menjawabnya dengan baik.

Mereka juga adalah insan yang paling dekat dengan anda untuk mendengar pelbagai kisah yang dilalui di tadika.

Melangkah sahaja ke sekolah menengah, ibu ayah juga akan mendengar setiap aduan dari anak-anak tentang sikap guru yang tidak adil ataupun anda berhadapan dengan tindakan disiplin.

#3. Meluangkan masa bersama

Jadual kerja yang padat dalam kehidupan seharian membuatkan anda tidak mempunyai peluang untuk pulang ke kampung halaman.

Lebih teruk lagi, anda hanya memunculkan diri setahun sekali di kampung hanya kerana sambutan hari raya Aidilfitri sahaja. Sebagai ibu ayah, mereka juga memahami bahawa anda juga memiliki kehidupan sendiri.

Namun, sebaiknya anda perlu sentiasa bertanyakan khabar atau menghubungi mereka dengan lebih kerap. Barulah mereka tidak berasa diabaikan oleh anak-anak!

#4. Membantu dengan ikhlas

Apabila ibu ayah sering memiliki ‘temu janji istimewa’ dengan doktor, anda perlu menyedari bahawa tahap kesihatannya juga telah dimamah usia.

Dalam hal ini, pastikan anda mengetahui setiap tarikh temu janji tersebut dan membantu membawa mereka.

Daya penglihatan yang kurang akan membatasi setiap pergerakan. Justeru, sebagai seorang anak, anda perlu sentiasa menemani mereka untuk pergi ke mana sahaja.

#5. Belajar sesuatu dari mereka

Ibu ayah yang semakin tua akan bergantung sepenuhnya terhadap anda. Jika dahulu mereka masih kuat untuk keluar membanting tulang, namun pada usia ini berikanlah sedikit masa untuk mereka berehat.

Biarkan segala tugas dilakukan oleh anda. Sebagai contoh, anda boleh mendapatkan resepi rahsia keluarga dalam setiap masakan, tips bagaimana membesarkan anak-anak sehingga berjaya atau tips untuk menjadi ibu bapa yang terbaik.

Waktu yang masih tersisa ini perlulah dihargai dengan sebaik mungkin agar anda tidak dihimpit kekesalan apabila mereka meninggalkan dunia ini kelak. – TS