Suami isteri “prank” sesama sendiri sepena sambut hari lahir

Suami isteri “prank” sesama sendiri sepena sambut hari lahir

Selalunya ramai yang akan memberikan hadiah istimewa semasa menyambut hari ulangtahun seseorang sebagai tanda kenangan. Namun lain pula situasi yang dikongsikan ini apabila pasangan suami isteri ini mencuit hati netizen dengan pemberian hadiah yang lain daripada lain ini.

Gelagat si suami yang begitu seronok melakukan prank pada isterinya ini turut membuatkan ramai berdekah melihatnya. Tetapi sebenarnya, lelaki itu juga turut menjadi mangsa prank pada akhirnya apabila dia pula yang menjadi mangsa seterusnya.

@combinstagram

MAMA INGAT EMAS TERNYATA GETAH 🤣 #xyzbca #combihesmes #bellabasket #fyp #fyppp #masukberanda

♬ original sound – arefiq35 – Boxing 🥊

Di dalam video yang dikongsikan ini, lelaki itu dilihat sedang membuka hadiah yang ingin diberikan kepada isterinya itu. Menurut pemilik video, lelaki itu ingin melakukan prank kononnya dia menghadiahkan rantai emas untuk si isteri.

Namun sebenarnya, ia hanyalah rantai yang diperbuat daripada getah biasa sahaja. Wanita itu turut sama kelihatan teruja sambil menutup matanya semasa lelaki itu memakaikan rantai yang dianggap sebagai rantai emas itu.

prank

Tidak lama kemudian, lelaki itu pula menerima hadiahnya di mana dia membuka sebuah kotak telefon. Tetapi ianya tidak lah mengandungi telefon seperti yang disangka sebaliknya hanyalah sebuah buku manual sahaja di dalamnya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut sama berdekah melihat gelagat masing-masing dengan hadiah istimewa ini. Malah ada yang terhibur apabila akhirnya kedua-dua mereka turut menjadi mangsa di dalam prank tersebut.

“Mak dia sampai menangis dapat rantai getah.”

suami

“Si abah muka seronok prank bini dia. Dia pun kena hahaha.”

isteri

“Hahaha yang bapak pekena mak, yang mak pekena bapak balik…”

komen

“Dua-dua kena fake hope.”

tik tok