Suami enggan ke kenduri kahwin saudara bersamanya, isteri sanggup tikam suami sendiri

Suami enggan ke kenduri kahwin saudara bersamanya, isteri sanggup tikam suami sendiri

Seorang wanita didakwa menyerang suaminya dengan pisau dan turut membaling perkakas ke arah suaminya. Suaminya yang berusia 34 tahun itu memfailkan aduan terhadap wanita itu selepas kejadian yang berlaku pada 12 November itu.

Menerusi laporan  Indiatimes, wanita dari Aurangabad Maharashtra telah mencederakan suaminya selepas suaminya enggan menemaninya ke majlis perkahwinan saudara mara. Wanita itu telah dibawa oleh Balai Polis Mukundwadi, lapor Times of India (TOI).

Kejadian berlaku pada 12 November lalu. Wanita itu didakwa menyerang suaminya dengan pisau dan turut membaling perkakas ke arah suaminya.

“Pasangan itu dikatakan sedang minum petang apabila wanita itu memberitahu suaminya (pengadu) tentang perkahwinan itu. Pengadu berkata dia tidak dapat menghadiri majlis perkahwinan itu dan memintanya pergi sendiri,” jelas seorang pegawai polis yang dipetik TOI.

“Memandangkan dia marah kepada suaminya yang tidak mahu menghadiri majlis perkahwinan itu, wanita itu dipercayai membaling cawan teh ke arah suaminya dan terkena dahi. Isterinya kemudian telah menyerang suaminya dengan pisau dapur,” kata pegawai polis.

Laporan mengatakan wanita itu telah dihukum di bawah seksyen 326 (secara sukarela menyebabkan kecederaan parah dengan senjata atau cara berbahaya) dan 336 (membahayakan nyawa manusia secara terburu-buru atau cuai) Kanun Keseksaan India (IPC).