Suami diuji sakit, wanita terima pujian tetap setia & teruskan perkahwinan
Baru-baru ini, tular di platform TikTok memaparkan dua mempelai berada di sebuah majlis akad nikah di mana sedang berlangsungnya upacara ijab kabul.
Bagaimanapun, keadaan pengantin lelaki pada ketika itu dilihat sanggup melawan sakitnya berada di majlis berkenaan walaupun hanya terduduk lemah di atas katil miliknya.
@wilwafi211221 allahuakbar.. alhmdulillah 🤲🏻 sebak tgk Majlis perkahwinan hashmi dgn pasangan ..dlm keadaan die yg xberapa sihat .Allah yelah permudahkn semuanye..semoga kekal kejannah..diberi keajabain untuk kesembuhan#hashmimahawedding#fypシ゚viral🖤tiktok #fypシ゚viral🖤#fyppppp
“Allahuakbar, alhamdulillah. Sebak tengok majlis perkahwinan Hashmi dengan pasangan. Dalam keadaan dia yang tak berapa sihat. Allah permudahkan semuanya. Semoga kekal ke jannah, diberikan keajaiban untuk kesembuhan,”tulis pengguna dikenali @wilwafi211221.
Difahamkan, lelaki berkenaan merupakan pesakit kanser leiomysarcoma tahap empat. Namun, situasi tersebut sedikit pun tidak menghalang pengantin perempuan untuk bergelar suami isteri.
Sebaliknya, wanita tersebut dilihat mengukirkan senyuman manis semasa diarak masuk ke dewan majlis berkenaan.
@marhashmi121122
Kejadian sebelum majlis…
Sementara itu, hasil tinjauan di laman TikTok pengantin wanita berkenaan, dilihat dia memuat naik beberapa video sepanjang hari pernikahannya bersama suami.
Apa yang lebih pilu apabila melihat keadaan lelaki berkenaan yang dibawa menaiki van ambulans untuk meneruskan acara.
@marhashmi121122 kejadian sblm ambulance sesat…hehehe #marhashmiwedding
Tersenyum manis, semoga kekal hingga ke jannah
Selain itu, jelas terpancar sinar kebahagiaan dan kegembiraan di antara pasangan mempelai tersebut di atas pelamin tersergam indah.
Alhamdulillah, tahniah. Awak isteri yang hebat, semoga suami diberi kesembuhan
Rata-rata warganet mengucapkan tahniah buat pasangan tersebut selain menitipkan doa agar lelaki berkenaan diberikan sinar kesembuhan.
Sumber: TikTok @marhashmi121122, @wilwafi211221