Suami disyaki cabul anak asuhan, pengasuh dakwa difitnah Hafiz Mahamad
Minggu lalu, kecoh di media sosial mengenai seorang usahawan dan influencer terkenal, Hafiz Mahamad mendedahkan perbualan antara pekerjanya yang merupakan ibu tunggal bersama anak perempuan meluahkan sakit di bahagian kemaluan.
Difahamkan, kanak-kanak berkenaan mengadu sakit akibat daripada gangguan seksual yang diterima oleh guru di taska.
Malah, doktor juga mengesahkan memang ada kesan di bahagian kemaluan kanak-kanak itu dan kes tersebut diserahkan kepada pihak polis untuk mengambil sebarang tindakan ke atas pelaku.
Tidak lama kemudian, pelaku yang juga suami kepada pengasuh di taman asuhan kanak-kanak ditahan oleh pihak polis selepas disyaki mencabul kanak-kanak perempuan berusia dua tahun di Cybersouth Dengkil, Selangor.
“Suspek ditahan reman bagi membantu siasatan dan kes di siasat mengikut Seksyen 14(A) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKSTKK) 2017,”ujar Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof
Gara2 video seorang artis, habis kena fitnah!
Bagaimanapun, seorang pengguna TikTok mengaku pengasuh taman asuhan kanak-kanak berkenaan mengatakan dia menjadi mangsa fitnah hanya kerana video yang ditular oleh Hafiz Mahamad di media sosial.
“Dengan satu video artis ni, orang biasa macam kita kena fitnah macam tu saja,”tulisnya dalam hantaran tangkap layar Insta Story Hafiz Mahamad.
Takpelah Allah Maha Adil..
Dalam pada itu, dia dikenali @tyyyyyraaaaa seakan pasrah dan menyerah segalanya kepada Sang Pencipta atas dugaan menimpanya.
“Takpelah Allah Maha Adil, Maha Berkuasa, Maha Bijaksana, Maha Pemberi Rezeki,”tulisnya lagi.
Siapa suruh sayang sangat dekat budak2
Kan dah kena tuduh
Sekadar info, laporan doktor mengesahkan terdapat kesan calar sepanjang 0.5 sentimeter (cm) pada kemaluan mangsa, namun tiada koyakan.
Wan Kamarul berkata, doktor juga tidak dapat mengesahkan punca kecederaan kecil pada kemaluan mangsa.
Sumber: Instagram @hafizmahamad, TikTok @tyyyyyraaaaa