Suami dan anak positif COVID-19, “Maafkan kami sekeluarga…”

Suami dan anak positif COVID-19, “Maafkan kami sekeluarga…”

Personaliti televisyen, Ira Mohd Amin berkongsi berita kurang mengembirakan di bulan Syawal apabila beliau memberitahu suami, Mohd Shazril Ezani dan dua anaknya, Mohd Sufi dan Mohd Safi telah disahkan positif COVID-19.

Ira berkata dia dan anak sulungnya, Mohd Saif Zairif negatif dari virus COVID-19 itu setelah membuat ujian saringan .

Ira mohd

Ira Mohd bersama suami dan anak-anaknya.

Menerusi hantaran di Instagram nya, Ira berkata,

Dukacitanya ingin maklumkan, suami, Sufi dan Safi didapati positif COVID-19 hari ini. Semalam, kami sekeluarga melakukan ujian swab COVID-19. Keputusan pagi tadi mendapati Aril, Sufi dan Safi positif walaupun tiada sebarang gejala. Manakala keputusan Ira dan Saif adalah negatif.

Ira turut berkata, buat masa sekarang ini, dia sekeluarga sedang menjalani kuarantin sendiri di rumah mereka, dimana Ira dan Saif duduk di bilik berasingan.

Ira atau nama sebenar Zarith Adzmira Mohd Amin meminta siapa-siapa yang telah berjumpa dengan suaminya dan dua anaknya itu pada 5 Mei hingga 12 Mei untuk membuat ujian saringan jika bergejala.

 

SUMBER : Harian Metro