Stesen minyak dijadikan tempat “ootd”

Stesen minyak dijadikan tempat “ootd”

Baru-baru ini tular, lokasi yang menjadi tarikan orang ramai untuk mengambil gambar iaitu di sebuah pam minyak yang dipercayai terletak di Genting Highland.

Kehebatan kuasa ‘viral’ memang tidak dapat disangkal lagi apabila lokasi tersebut sekelip mata terus menerus menjadi tumpuan pengunjung oleh kerana lighting daripada stesen minyak yang unik pada waktu malam berwarna merah dan biru. Ditambah kabus-kabus yang tebal sememangnya menjadikan lokasi ini tempat untuk pengunjung feeling seperti berada didalam permainan video game.

Namun, selepas lokasi berkenaan viral, orang ramai berpusu-pusu memenuhi perkarangan stesen minyak semata-mata untuk mengambil gambar sehinggakan menyukarkan orang lain yang datang untuk mengisi minyak.

genting

Menerusi satu perkongsian video oleh seorang pengguna TikTok, stesen minyak itu turut diserbu oleh pihak polis yang meminta agar orang ramai yang tidak berkeperluan untuk segera bersurai akibat terlalu sesak

Meninjau diruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa kecewa dengan sikap sesetengah pengunjung yang hanya pentingkan diri sendiri.

“Hah bagus, punya lah susah nak isi minyak sebab ramai sangat,” tulis seorang netizen.

“Aku nak isi minyak pun kena halau sekali,” tulis seorang lagi pengguna TikTok.