Status ibu tunggal terima Y15 terjawab, hadir mahkamah bersama “kami bukan lagi suami isteri
Hari ini, kecoh di media sosial mengenai kisah seorang ibu tunggal yang baru-baru ini menerima hadiah sebuah motosikal Yamaha Y15 daripada pendakwah selebriti, Ebit Lew. Apa yang membuatkan ramai tertarik apabila muncul seorang lelaki mendakwa dia masih bergelar suami kepada ibu tunggal dikenali Emy itu.
Kami bukan lagi suami isteri
Terbaharu, lelaki yang dikenali Fakhrul Rosli memaklumkan dia dan isteri bukan lagi pasangan suami isteri selepas keputusan dikeluarkan oleh mahkamah.
“Berkenaan dengan status saya dan Amy, kami bukan lagi suami isteri setelah dapat keputusan daripada mahkamah sebentar tadi (15 November 2022),”tulisnya.
Berita itu dimaklumkan menerusi Insta Story miliknya selain berkongsi suasana berada di dalam mahkamah syariah Kuala Lumpur sementara menanti keputusan daripada hakim.
Video Player
Mohon maaf atas berkenaan tuduhan Ebit Lew sengaja buat konten tak benar
Dalam masa sama, lelaki berkenaan tampil membuat permohonan maaf kerana menuduh Ebit lew membuat konten tidak benar dengan menggunakan nasib menimpa isterinya, Amy, semalam. Katanya lagi, dia tidak sengaja meninggalkan komen sedemikian.
“Saya mohon maaf atas apa yang saya katakan berkenaan tuduhan ‘ustaz Ebit Lew hanya membuat konten sahaja adalah tidak benar’ dan tidak sengaja sama sekali.
“Wallahu, saya sendiri pun tidak tahu dan merendah diri memohon maaf atas semua kesilapan saya,”ujarnya.
Terdahulu, lelaki berkenaan memberitahu dia masih sayang akan hubungan mereka berdua dan mungkin apa yang terjadi sebagai satu bentuk ujian daripada Allah S.W.T untuk menguatkan lagi hubungan mereka.
Jadi, dia berharap supaya perkahwinan mereka terus bertahan dan memohon agar orang ramai terus mendoakan kebahagiaan mereka.
Sumber: Instagram @fakhrulrosli._, @amyshuhadah_, @ebitlew