“Starting tu memang kena mendada ke apa?” penampilan TikToker berhijab dikritik warganet

“Starting tu memang kena mendada ke apa?” penampilan TikToker berhijab dikritik warganet

Nama seorang pelajar  perempuan Malaysia yang menuntut di salah sebuah universiti di Korea Selatan iaitu Sabrina sering menjadi bualan netizen gara-gara penampilannya yang terlalu seksi sehingga mencetuskan kecaman dan kritikan ramai.

Terbaharu, menerusi video yang dimuat naik di laman TikToknya, dia yang hanya memakai baju jenis crop top sambil membuat konten ternyata meraih perhatian ramai.

 

@jpbrinx

me?? hiking???

♬ Cardboard Box – Happi Remix – FLO

Belajar agama ke tak dia ni?

Mana tidaknya, ramai yang menganggap penampilannya itu terlalu mencolok mata dan dia seakan tidak pernah mendengar nasihat yang diberikan oleh orang ramai kepadanya untuk menutup aurat lebih baik sebagai seorang muslimah.

Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang mempersoalkan didikan agama yang dimiliki oleh Sabrina memandangkan dia seorang yang sangat bijak dalam pendidikan sehingga berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti luar negara.

Cantiknya Sabrina!

Pun begitu, menjengah ke ruangan komen, disebalik kecaman serta kritikan yang diberikan oleh netizen, ada juga yang memuji penampilan gadis yang berusia 22 tahun itu yang sentiasa cantik serta mempunyai bakat dalam tarian.

Sumber: TikTok @jpbrinx