‘Stalk’ atau menghendap berulang kali di media sosial adalah satu jenayah

‘Stalk’ atau menghendap berulang kali di media sosial adalah satu jenayah

Menghendap atau stalking merupakan perbuatan di mana seseorang individu atau berkumpulan memerhatikan seseorang atas pelbagai tujuan.

Ia sudah pastinya akan mengganggu ketenteraman seseorang itu dan keselamatan juga boleh terjejas, malah zaman kini, perbuatan ini juga berlaku di atas talian terutamanya dalam media sosial.

Kalau anda nak tahu, perbuatan stalking atas talian berulang kali juga adalah satu jenayah menurut Rang Undang-Undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2022, Akta Kanun Keseksaan (Akta 574).

Pexels Pixabay 267447
Gambar hiasan

Menurut laporan MalaysiaKini, Datuk Mas Ermieyati Samsudin yang merupakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) menyatakan walaupun perbuatan menghendap secara maya tidak melibatkan sentuhan atau mendatangkan kecederaan, tetapi ia boleh mengganggu mental dan emosi mangsa.

“Sebagai contoh, berlaku insiden A telah berpisah dengan B, namun B sering mengganggu A dengan pelbagai mesej dan sebagainya.

Apabila A tukar nombor telefon, B masih lagi menghubungi A di media sosial dengan mengubah pelbagai nama samaran sehinggga ada sampai 10 ke 20 akaun (media sosial) hanya untuk memastikan hidup A tidak tenteram.” katanya. 

Beliau juga berkata, amat penting dan tepat pada masanya untuk meluluskan rang undang-undang ‘anti menghendap’ itu untuk melindungi mangsa secara menyeluruh.

Selain itu, Datuk Mas Ermieyati berkata beliau juga optimis rang undang-undang yang dijangka akan dibacakan kali kedua dan ketiga pada Mesyuarat Ketiga mulai Oktober depan itu, akan diluluskan di Parlimen pada hujung tahun ini.

Tak payah nak stalk-stalk dah ok?