Sorok 7 janin dalam gabus, pelaku di kenali orang kuat beribadat

Sorok 7 janin dalam gabus, pelaku di kenali orang kuat beribadat

 

 

 

Menjalinkan hubungan dari tahun 2012 dan mengandung janin luar nikah sebanyak 7 kali, seorang wanita dilaporkan telah menyembunyikan jasad anak-anaknya dalam kotak gabus hingga reput menjadi tulang belulang. Perbuatan terbabit diketahui sejurus tuan rumah datang membersihkan bilik sewa si pelaku yang dikatakan berbau busuk seperti belacan.

Tuan rumah tak pernah mencurigai apa-apa…Pelaku sejenis kuat agama

Malu kerana berkali-kali terlanjur, dia bertindak meminum air ramuan khas untuk menggugurkan kandungan. Jelas tuan rumah bernama Bonda Nufah, dia tidak sangka penyewa berkenaan (digelar NM) tergamak melakukan jenayah terbabit. Ini kerana, NM dilihat sebagai seorang wanita yang baik dan sangat kuat beribadat (religious).

 

“Oleh kerana dia nampak kuat agama, saya tak pernah rasa curiga. Dulu NM pun seorang yang berbadan langsing. Jadi memang tak perasan bila masa dia hamil. Saya pun tak pernah nampak dia bawa balik mana-mana lelaki masuk rumah sewa”

Gugur & Sorok 7 Tengkorak Janin, Pelaku Dikenali Sebagai Orang Kuat Beribadat 2
Kredit Foto : Detik Com

Gugur & Sorok 7 Tengkorak Janin, Pelaku Dikenali Sebagai Orang Kuat Beribadat 3

Tuan rumah sempat dapat mimpi aneh didatangi bayi

Menyorot detik sebelum penemuan janin itu, suami Bonda Nufah iaitu Pak Syamsul sempat mengalami mimpi aneh didatangi bayi selama 7 hari berturut-turut. Menganggap mainan tidur berkenaan mungkin petanda isterinya bakal hamil lagi, rupanya ia mendedahkan sebuah jenayah menyayat hati.

“Saya nampak tubuh seorang bayi perempuan datang & minta digendong. Ingatkan mimpi tu tanda isteri akan hamil lagi, tapi lepas tu dia datang bulan pula. Rupanya budak-budak macam nak minta tolong supaya ‘keluarkan’ mereka dari rumah saya. Sebulan sebelum pun, isteri dapat mimpi yang sama”

Gugur & Sorok 7 Tengkorak Janin, Pelaku Dikenali Sebagai Orang Kuat Beribadat 4

Gugur & Sorok 7 Tengkorak Janin, Pelaku Dikenali Sebagai Orang Kuat Beribadat 5

Kegiatan pengguguran bayi dilakukan dengan bantuan teman lelaki

Menurut laporan lanjut, ujian DNA sudah pun dijalanan dan tulang bayi-bayi tersebut bakal dikebumikan nanti. Untuk rekod, NM merupakan bekas pelajar perubatan dan kini bekerja di salah sebuah pusat rawatan. Jenayah menggugurkan bayi dikatakan turut dibantu oleh teman lelakinya sejak 10 tahun lalu.

“Bulan lepas, abang kepada NM ada datang rumah sewa katanya nak ambil barang tertinggal. Tapi saya tak izinkan dan minta lunaskan dulu tunggakan sewa selama 5 bulan. Selepas itu, mereka takde datang-datang lagi”

Gugur & Sorok 7 Tengkorak Janin, Pelaku Dikenali Sebagai Orang Kuat Beribadat 6Gugur & Sorok 7 Tengkorak Janin, Pelaku Dikenali Sebagai Orang Kuat Beribadat 7

Kredit : Portal tvonenews