Sofyank selamat bernikah, video pra-perkahwinan terima pujian ramai

Sofyank selamat bernikah, video pra-perkahwinan terima pujian ramai

 

 

 

Jejaka kelahiran Kelantan yang terkenal dengan menghasilkan video-video berunsur magik ala Zach King, Sofyank atau nama penuhnya Mohammad Sufian Bin Abdullah, 26  telah menamatkan zaman bujang dan bernikah pada Sabtu pagi bersama pasangannya Nabilah Ramli, 24.

Difahamkan isterinya juga berasal dari daerah yang sama itu Pasir Mas, Kelantan.

Pasangan tersebut telah selamat diijabkabulkan oleh jurunikah, Tengku Mahmud dan difahamkan pengantin wanita menerima mas kahwin sebanyak 18 dinar.

Berita perkahwinan penghasil video kreatif itu mula menjadi bualan ramai apabila Sofyank memuat naik satu rakaman video berkonsepkan tema ‘Warna Dalam Hidupku’ iaitu video pra perkahwinan bersama isterinya pada Jumaat yang lalu.

Selain meninggalkan ucapan tahniah, para pengikutnya di laman Youtibe turut memuji kualti video yang dihasilkan tersebut.

Dalam pada itu, Sofyank turut memuat naik siaran langsung majlis tersebut menerusi laman Instagram miliknya.

Di ruang komen, ramai peminat turut berpendapat si isteri tidak lagi perlu bersusah payah memikirkan kualiti video dan photoshoot perkahwinan memandangkan wanita berkenaan berkahwin dengan salah seorang penghasil video kreatif terbaik tanah air.