“Soalan terakhir doktor tanya sebelum saya ditarik naik ke wad..,” Gadis ini kongsi pengalaman, rawat sakit mental

“Soalan terakhir doktor tanya sebelum saya ditarik naik ke wad..,” Gadis ini kongsi pengalaman, rawat sakit mental

Isu masalah mental yang kian meningkat sewajarnya membuka mata masyarakat di negara kita. Penyakit mental merupakan penyakit yang melibatkan gangguan pada fungsi otak yang boleh mengakibatkan perubahan kepada proses pemikiran, perasaan dan tingkah laku seseorang. Malah, ia juga mengakibatkan seseorang rasa terganggu untuk menjalani aktiviti seharian dengan baik.

Tidak dinafikan, bukan mudah untuk seseorang yang berdepan dengan masalah mental ini tampil bersuara mengenai masalah yang hadapi ini sehingga menghantui kehidupan mereka.

Perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu orang lain yang berdepan dengan penyakit yang sama boleh menyelesaikan masalah mereka. Tidaklah mereka terasa terasing sehinggakan memilih untuk memendam rasa sahaja.

Bagi Unahelyna, perkongsiannya ini untuk membantu orang lain dan menyebarkan kesedaran kepada pesakit yang mempunyai masalah mental untuk mendapatkan rawatan segera.

Ini pengalaman saya…

Ini adalah cara mudah untuk serah diri pada pihak hospital (berkaitan masalah mental). Saya belajar dari seorang kawan rapat, yang juga merupakan seorang pesakit psikiatri dan seorang #survivor. 

Setelah hampir 6 tahun berperang dengan diri sendiri dan penyakit tak kasat mata akhirnya pada tanggal 29/4/21 saya memilih untuk pergi ke hospital memandangkan keadaan fizikal atau mental semakin teruk dan saya dah tak boleh bayangkan apa akan jadi kalau saya tak minta bantuan.

Mengikut apa yang kawan saya telah cadangkan, saya terus pergi ke bahagian kecemasan dan beritahu pada misi bertugas yang saya sedang mengalami kemurungan teruk dan tak rasa nak hidup lagi.

Nanti misi akan tanya awak ada rasa atau cederakan diri sendiri ke? Jawab dengan jujur, saya jawab ya dan terus ditarik ke zon kuning.

 

Di zon kuning, awak akan ditanya soalan berkaitan perasaan, emosi dan keadaan diri awak pada masa tersebut. Kemudian misi akan periksa tekanan darah, jantung, ambil darah dan urin macam biasa.

Tapi, di zon kuning memang akan ambik masa yang lama sebab nak tunggu doktor datang untuk curhat dan ambil keterangan serta maklumat (saya tak berapa ingat part ni apa jadi). Cerita semua pada doktor, mereka akan rekod apa yang awak cakap dan buat analisis kemudian.

Saya pilih nak, sukarela…

Soalan terakhir doktor tanya sebelum saya ditarik naik ke wad, nak warded atau tak? Saya pilih nak, sukarela. Jadi saya perlu tandatangan borang sukarela untuk ditahan di wad psikiatri di hospital tersebut.

Done, sedikit sebanyak cara macam mana korang nak seek for professional help. Sangatlah membantu, rasa lega sangat dan rasa berani lepas buat perkara yang betul. Sayangi diri anda, mintalah pertolongan.

 

Sumber: Unahelyna