‘Sleepy chiken’ masak ayam guna ubat batuk, cabaran lentok terbahru di Tiktok

‘Sleepy chiken’ masak ayam guna ubat batuk, cabaran lentok terbahru di Tiktok

Selepas ‘Cabaran Benadryl’ pada September 2020 yang menyaksikan seorang maut dan ramai lagi remaja di Amerika Syarikat menjadi ‘lalok’ kerana mengambil ubat alahan secara berlebihan sehingga terpaksa dimasukkan ke hospital, timbul pula cabaran gila terbaharu di TikTok.

Kali ini ubat batuk pula yang digunakan sebagai ‘ramuan lentok istimewa’ dalam masakan hidangan ayam yang dikenali sebagai ‘Cabaran Sleepy Chicken’.

Dalam laporan berita yang dikeluarkan di portal astro AWANI, Food and Drug Administration (FDA) Amerika Syarikat telah mengeluarkan amaran bahawa memasak ayam dalam ubat batuk seperti itu bukan sahaja menjadikan hidangan tersebut tidak menyelerakan tetapi juga boleh menjadi sangat berbahaya.

Sleepy Chicken TikTok

 

Ini susulan beberapa video ‘Cabaran Sleepy Chicken’ yang tular di TikTok yang mengajak orang ramai untuk memasak ayam dalam ubat batuk NyQuil, yang mengandungi acetaminophen, dextromethorphan dan doxylamine, serta beberapa jenis ubat batuk lain.

Amaran tersebut juga mendakwa ubat yang dididihkan itu juga boleh menjadikannya lebih pekat dan mengubah sifatnya.

“Walaupun anda tidak makan ayam, menyedut wap ubat semasa memasak boleh menyebabkan tahap ubat yang tinggi memasuki badan anda, dan boleh membahayakan paru-paru,” jelas amaran FDA itu lagi.

Walau bagaimanapun, setakat ini masih belum ada lagi laporan mengenai mana-mana remaja mahupun cef selebriti di Malaysia yang mencuba resipi baharu masak ayam pakai ubat batuk ini.