“Siapa punya kerja ni?!! Dah lama tak makan bubur ke…”- Aaron Aziz
Sejak beberapa hari ini, media sosial dipenuhi dengan foto wajah-wajah kacak hero Malaysia seperti Aaron Aziz, Shaheizy Sam, Shukri Yahaya, Fattah Amin dan ramai lagi.
Namun begitu, wajah-wajah hero drama popular itu mengundang ramai terhibur dan berdekah melihat perubahan mereka yang tampil berbeza kerana foto pelakon lelaki terbabit telah disunting menjadi lebih berisi pada bahagian wajah mereka.
Sehingga perkara itu juga sampai ke perhatian pelakon, Aaron Aziz sendiri dan nampaknya dia juga ingin mengetahui siapa yang menyunting foto dirinya menjadi seorang yang berbeza.
Pastinya ramai yang tahu bahawa Aaron merupakan salah seorang pelakon lelaki paling diminati peminat drama dan filem tanah air. Apatah lagi selepas dia berlakon dalam filem pecah panggung berjudul KL Gangster dimana Aaron sebagai Malek.
Ternyata watak pelakon aksi sebagai Malek itu memberikan impak sehingga sekarang malah sebagai pelakon filem Ombak Rindu juga.
Ruangan komen di posting Aaron dihujani pula dengan respon berdekah peminat.
“Ni mungkin muka…”
“Hahaha adoii”
“Comelnya Malek”