Siapa Pernah Makan Ikan Patin Tempoyak?
Masakan ini sangat popular terutama di daerah Temerloh, Pahang. Bahan utama ialah ikan patin yang dimasak bersama tempoyak, yang diperbuat daripada isi buah durian yang diasingkan bijinya, ditambah sedikit garam dan disimpan selama tiga hingga lima hari di dalam suhu bilik untuk proses penapaian.
Resipi Tempoyak untuk Ikan Patin ‘Asli’ Pahang tidak menggunakan bawang, serai, bunga kantan dan bawang putih.
Bahan – Bahan :
- Cili
- Kunyit
- Daun Kesum
- Tempoyak
- Ikan (Patin)
Cara memasak :
- Tumbuk cili dan kunyit.
- Kemudian masukkan daun kesum dan tempoyak mengikut kepekatan yang dikehendaki. (boleh meletakkan timun lama jika anda suka)
- Masukkan cili dan kunyit yang telah ditumbuk.
- Masukkan air dan biarkan mendidih. Rasa secukup rasa dengan garam dan gula.
- Akhirnya, masukkan Ikan Patin