“Siapa kenal Tuan Haji, Cap nak call / berkopi” – Caprice nak jumpa Ayah Haji lepas ditegur jangan bukak aib & ingat mati

“Siapa kenal Tuan Haji, Cap nak call / berkopi” – Caprice nak jumpa Ayah Haji lepas ditegur jangan bukak aib & ingat mati

Baru jer tadi Ohmedia kongsikan tentang seorang kaunselor, Haji Mokhtar atau mesra dengan panggilan Ayah Haji yang kongsikan satu video pesanan khas buat penyanyi rap, Caprice.

Dalam video itu, Ayah Haji turut meminta Caprice untuk hentikan segala pendedahan yang mengaibkan orang lain dan mencari salah orang yang kemudian didedahkan pula di media sosial.

Caprice sedia jumpa Ayah Haji, lepak minum kopi…

Sedar akan pesanan yang diberikan, Caprice dalam satu perkongsian Insta Story meminta pertolongan pengikutnya untuk menghubungai Ayah Haji. Caprice menyatakan dia mahu menghubungi Ayah Haji dan ajak minum kopi untuk berkongsi pendapat.

Kredit: Instagram