Siapa dapat minimum 7A SPM, Wawa Zainal hadiahkan RM200

Siapa dapat minimum 7A SPM, Wawa Zainal hadiahkan RM200

Umum sedia tahu semalam keputusan SPM 2020 telah pun keluar. Satu peperiksaan awam buat pelajar tingkatan 5 yang ditangguhkan gara-gara pandemik yang melanda. Biarpun melalui kesukaran kerana mereka perlu belajar secara dalam talian, namun semalam ramai juga yang mendapat keputusan cemerlang.

Malah salah seorang pelakon dan usahawan kosmetik, Wawa Zainal turut meraikan mereka yang mendapat keputusan cemerlang ini. Caranya adalah Wawa Zainal belanja RM200 kepada pelajar SPM yang mendapat keputusan 7A.

Wawa Zainal
Wawa Zainal

Niat Wawa Zainal itu pada awalnya dikongsikan di Instagram Story miliknya. Hari ini Wawa Zainal turut memuat naik satu penyata akaun Maybank yang menunjukkan dia telah pun memindahkan RM200 kepada beberapa individu yang mendapat keputusan SPM cemerlang tersebut.

Berikut adalah perkongsian penuh Wawa Zainal belanja RM200 kepada pelajar SPM dapat 7A yang dimuat naik di Instagram selebriti tersebut baru-baru ini:

Screenshot at Jun 11 14-45-41

Wah, murah hati betul! Sudahlah cantik, baik hati pula. Semoga Wawa Zainal terus dimurahkan rezeki. Apa-apa pun perkongsian Wawa Zainal ini telah meraih lebih 21 ribu likes. Rata-rata warganet ramai yang memuji perbuatannya itu. Berikut antara reaksi ramai yang ditinggalkan di ruangan komen:

“Waa betul2 dapat ke kak”

Wawa Zainal Belanja RM200 3

“Bestnya Ya Allah tahniah adik2 semua”

Wawa Zainal Belanja RM200 2

“Wahhhh bestnya dapat reward”

Wawa Zainal Belanja RM200 1