‘Siap kena hon dengan kereta’, Aisar Kaled selamba buat content tengah jalan

‘Siap kena hon dengan kereta’, Aisar Kaled selamba buat content tengah jalan

Terdahulu, kecoh di media sosial apabila personaliti media sosial dan YouTuber terkenal, Aisar Khaled menganjurkan cabaran mencari duit raya bernilai RM1,000 bertukar menjadi kontroversi apabila pemenang cabaran tersebut didakwa saudaranya sendiri.

Baru-baru ini tular sekali lagi, satu hantaran video oleh seorang pengguna TikTok yang memaparkan rakaman Aisar yang sedang berada di tengah jalan raya untuk membuat content.

Menerusi video tersebut, Aisar dilihat berpakaian kemas bersut merah sedang berjalan dengan segak dan secara tiba-tiba berpura-pura jatuh di tengah jalan.

aisar

Ohh boleh pulak buat content tengah jalan raya! ni ke nama dia influencer? Hello polis, tangkap dia.

Malah, kenderaan lain yang turut melalui jalan tersebut turut dilihat membunyikan hon kenderaan mereka.

https://www.tiktok.com/@maderbell93/video/7102004359617203483?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7067056276559365634

 

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut mengecam tindakan Youtuber itu yang tidak mematuhi peraturan jalan raya selain membahayakan diri sendiri serta pengguna jalan raya lain.

Mana polis kenapa tak tangkap dia. – Netizen.

Nasib baik tak kena langgar,” tulis seorang lagi pengguna TikTok.