Si kecik tak puas hati Posmen asyik hantar barang Online ibunya

Sekarang ni memang ramai yang suka membeli barang online saja kan. Yang seronoknya bila beli barang online ni ialah menunggu abang-abang posmen menghantar parcel ke rumah. Tetapi lain pula jadinya pada wanita ini apabila anak perempuannya menangis kesedihan melihat ibunya menerima barang.

Rupa-rupanya, kanak-kanak perempuan itu berasa cemburu melihatkan ibunya sering menerima barang daripada posmen. Membuatkan dia merajuk dan menangis di sudut rumah kerana tidak berpuas hati dengan ibunya. Gelagat kanak-kanak itu dirakamkan dan dikongsikan di Tik Tok di mana rata-rata netizen dapat memahami situasi yang dikongsikan ini.

@aliysar20

Apabila ko asyik shopping online je. Anak pun jealous sebab tak belu barang kat dia 😂#foryoupage #fyp #fypシ #fypsounds #foryou #CapCut

♬ What Lovers Do – 李毅然•

Di dalam video yang dikongsikan ini, kelihatan anak perempuannya itu yang menangis teresak-esak sambil meluahkan perasaannya. Pada mulanya tidak dapat dipastikan apakah punca sebenar dia menangis. Namun selepas ditanya oleh ibunya, kanak-kanak itu mengatakan ianya kerana abang posmen yang sering menghantar barang untuk ibunya.

Mungkin juga kanak-kanak itu cemburu kerana kesemua barang yang diterima di rumah adalah milik ibunya dan bukan miliknya. Di ruangan komen, ramai kaum ibu yang dapat memahami situasi ini di mana anak mereka juga selalu bertanyakan perkara yang sama. Menurut netizen, kanak-kanak di usia ini memang sangat sensitif dan mudah terasa hatinya.

Ada juga yang terpaksa membeli barang untuk anak mereka kerana mahu mereka merasakan bagaimana posmen menghantar barang milik mereka. Malah netizen mencadangkan ibu bapa untuk sekali sekala membelikan barang untuk anak mereka walaupun hanya sekadar barang biasa sahaja.