Si Comel takut dengan bunyi vakum, “Semua muka kesian ni”

Si Comel takut dengan bunyi vakum, “Semua muka kesian ni”

Menjaga haiwan peliharaan seperti kucing mampu mendapat pelbagai faedah kepada pemiliknya. Antara kelebihannya adalah korang ada peneman di rumah, dapat berikan kasih sayang pada haiwan ini, boleh jadi rakan sejati dan sebagainya.

Apatah lagi apabila haiwan ini cukup manja dan sukakan perhatian dari manusia. Sudahlah comel, perangainya pula kadang-kadang nakal dan adakalanya mendengar kata membuatkan penggemar kucing geram dengannya.

Screenshot at Jul 28 10-53-50

Biarpun begitu, baru-baru ini satu video yang memaparkan beberapa ekor anak kucing telah mencuri perhatian ramai. Dalam rakaman itu kelihatan anak-anak si comel ini duduk rapat-rapat disebabkan takut dengan bunyi vakum.

Bunyi vakum yang agak kuat ini kadang-kadang bukan sahaja kucing takut mendengarnya, ada juga anak-anak yang takut bila vakum ini dipasang. Berikut adalah rakaman si comel takut dengan bunyi vakum yang kuat ini:

@meowwwwww92

geng takut vacuum hehek 😆

♬ ikan kekek saloma – A̴Z̴I̴Z̴I̴(̴T̴.̴G̴.̴F̴)̴

Video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok dengan nama akaun @meowwwwww92 ini telah meraih lebih 241 ribu tontonan dan 33 ribu likes. Rata-rata warganet turut geram menyaksikan kecomelan anak-anak kucing ini. Berikut antara reaksi mereka yang ditinggalkan di ruangan komen:

“Comel…Bising2 g jauh2 dia kata”

Si Comel Takut Bunyi 3

“Semua muka kesian ni…Kiuttt”

Si Comel Takut Bunyi 2

“Yang hitam selaku seekor ketua beradik yang berani bersuara bagi menyatakan rasa kurang senang pada bunyi itu”

Si Comel Takut Bunyi 1