Si Comel nak termuntah bila dihulur udang, “Comel pulak bunyi loya tu”

Si Comel nak termuntah bila dihulur udang, “Comel pulak bunyi loya tu”

Haiwan seperti kucing, burung dan lain-lain memiliki keistimewaannya yang tersendiri membuatkan ramai memilih untuk dipelihara. Mungkin ada yang lebih gemar untuk menjaga kucing kerana sifatnya yang manja, comel dan sangat rapat dengan manusia.

Tidak kira apa juga jenis baka haiwan ini, semuanya akan tetap disayangi. Bukan itu sahaja, kucing juga antara yang paling mudah dijaga kerana pemakanannya. Biarpun begitu, baru-baru ini satu video yang memaparkan reaksi si comel seakan mahu termuntah telah mencuri perhatian ramai.

Dalam rakaman tersebut kelihatan si comel nak termuntah apabila dihulur udang oleh satu individu. Kucing berbulu kelabu itu seakan tidak suka betul dengan udang yang mahu diberikan padanya itu. Berikut adalah rakaman reaksi si comel ini yang telah dimuat naik di Instagram mStar baru-baru ini:

Alahai comel habislah kucing ini! Pemiliknya pun bukan main lagi mengusik. Perkongsian rakaman si comel nak termuntah lepas dihulurkan udang padanya ini telah membuatkan ramai terhibur. Berikut antara reaksi ramai yang ditinggalkan di ruangan komen perkongsian video tersebut:

“Hahaha kucing mana makan udang sebab tu char koey tiaw manusia je yang beli”

Si Comel Nak Termuntah 3

“Comel pulak bunyi dia nak muntah”

Si Comel Nak Termuntah 2

“Amboi mengalahkan manusia dia punya loya tu”

Si Comel Nak Termuntah 1