Shuk Sahar sertai tabligh, peminat doakan moga terus istiqamah

Shuk Sahar sertai tabligh, peminat doakan moga terus istiqamah

Umum mengetahui mengenai kontroversi rumah tangga yang melibatkan pelawak Shuk Sahar berulang kali sebelum ini. Namun, Shuk kini mula berhijrah ke arah kebaikan dengan mengikuti dakwah tabligh sama seperti rakan selebriti yang lain. Antaranya, Anuar Zain, Aliff Aziz, Saharul Ridzwan, Zul Ariffin, Norman Hakim dan Zahiril Adzim.

Shuk ikut tabligh

Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh Dakwah Tabligh Malaysia di Instagram, memaparkan beberapa foto Shuk menarik perhatian netizen kerana turut keluar mengikuti dakwah tabligh.

Dalam pada itu, pihak Dakwah Tabligh Malaysia berharap agar orang ramai mendoakan supaya Shuk istiqamah dalam kembali kepada fitrah dan sempat menitip nasihat mengenai istiqamah dalam hidup.

@shuk_sahar keluar ke jalan Allah, doakan beliau istiqamah di jalan Allah.

Untuk istiqamah di jalan Allah seseorang perlu mengutamakan maksud hidup berbanding keperluan hidup. Seseorang akan terus maju dalam agama selain dia fokus kepada maksud hidupnya di dunia.

Sementara itu, pemilik nama Mohammad Shukri juga memuat naik foto bersama seorang individu yang dikenali sebagai Maulana Helmi dan berharap agar dapat berjumpa dengannya lagi pada masa akan datang.

InsyaAllah ada rezeki kita jumpa lagi @maulana_helmi78 terima kasih bagi try kuda maulana.

‘Alhamdulillah sahabat’

Menjengah ke ruangan komen turut kelihatan rakan selebriti serta netizen meluahkan rasa syukur serta mendoakan agar Shuk kekal istiqamah.

Sumber : dakwahtablighmalaysia , shuk_sahar