Sharifah Amani bantah penutupan operasi kelab komedi Crackhouse, mohon berlaku adil

Sharifah Amani bantah penutupan operasi kelab komedi Crackhouse, mohon berlaku adil

 

 

 

 

 

 

Sebelum ini, pelawak dan pelakon Datuk Afdlin Shauki menentang penutupan Crackhouse Comedy Club selepas tular sebuah video yang memaparkan perbuatan tidak senonoh seorang wanita.

Tempat berbilang kaum

 

Terbaharu, pelakon Sharifah Amani tampil bersuara menerusi satu ciapan di laman Twitter miliknya pada Isnin.

Kata Amani, 36, dia pernah membuat persembahan di lokasi tersebut malah sering berkunjung untuk menyaksikan pelawak-pelawak solo beraksi.

Halang ditutup

Dalam pada itu, pemilik nama Sharifah Amani Syed Zainal Rashid Al-Yahya menegaskan Crackhouse Comedy Club tidak patut menanggung kerugiaan yang berpunca daripada kes seorang wanita didakwa menghina Islam dalam satu persembahan di kelab terbabit.

Tolonglah bersikap adil, lokasi-lokasi seni tempatan ini sendiri tengah bergelut.

Selepas tular video dipercayai menghina agama Islam, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bertindak menggantung sementara operasi sebuah kelab komedi Crackhouse di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.

Terdahulu, viral sebuah video yang memaparkan seorang wanita tampil lengkap berbaju kurung dan tudung dan kemudiannya bertindak menanggalkan sehinggakan terdedah aurat di khalayak umum.

Wanita berasal dari Kuala Kangsar itu, Perak itu memberitahu dia berketurunan Melayu, beragama Islam dan sudah menghafal 15 juzuk al-Quran.

Sumber: Twitter @sharifahamani