Share masakan sahur, “untung housemate Khairulaming makan sedap setiap hari”

Share masakan sahur, “untung housemate Khairulaming makan sedap setiap hari”

Kalau sebut saja nama Khairulaming, korang pasti akan ingat dengan resepi masakannya dan tagline paling melekat dalam otak kita, ‘What’s up guys’ dia tu, kan?

Nampaknya pada bulan Ramadan ini, populariti Khairulaming makin meningkat naik selepas ramai  netizen mula merujuk Instagram influencer ini untuk menyediakan menu berbuka puasa setiap hari. Admin pun terjebak jugalah tiru masakan Khairulaming ni! 

Sahur pun Khairulaming masak sedap! 

Haa kalau korang nak tahu, Khairulaming ni bukan je time berbuka dia masak. Time sahur pun dia masak sedap-sedap juga tau.

Menerusi perkongsian di Twitternya semalam, dia siap tunjuk lagi menu sahurnya yang dimasak seawal jam 4.30 pagi. Fuh dahsyat, siap masak udang lagi tu masa waktu sahur!

 

“Housemate paling untunggg dalam dunia” 

Rata-rata netizen yang tengok perkongsian Khairulaming ni ternyata ‘tersangatlah’ cemburu dengan housemate influencer ni.

Sudahlah dia masak sedap, lepas masak Khairulaming siap kejut kawan-kawan dia bangun sahur lagi tu. Haa mana nak dapat kawan baik macam ni kan? Macam ibu-ibu dah min tengok ni. 

Sumber: Twitter

 

“Ya Allah macam mana dia ada mood nak masak pepagi” 

Sumber: Twitter

Apa-apapun admin nak ucapkan terima kasihlah dengan Khairulaming ni sebab dia dah kurangkan sakit kepala golongan ibu-ibu nak fikir masak apa setiap hari kan.