Shahir Zawawi sah bergelar suami kepada Jaskin Jaludin dengan sekali lafaz

Shahir Zawawi sah bergelar suami kepada Jaskin Jaludin dengan sekali lafaz

 

BEKAS juara program Akademi Fantasia musim ke-8 (AF8) Shahir Zawawi selamat bergelar suami kepada Jaskin Jaludin dengan sekali lafaz pada malam Jumaat.

Shahir atau Ahmad Shahir Zawawi, 34, dinikahkah oleh bapa pengantin perempuan iaitu Jaludin Nongche dan disaksikan oleh jurunikah Muhammad Hakimi Mustapa.

Pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300 kepada pengantin perempuan selain wang hantaran RM20,000.

WhatsApp Image 2022-09-02 at 9.29.17 PM (1)

Shahir dan Jaskin berkenalan selama dua bulan sebelum memutuskan untuk berkahwin.

Pada majlis yang diadakan di Bizmilla Wedding Centre, One City, Subang itu, pengantin lelaki turut menyerahkan lima dulang hantaran berbalas tujuh.

Majlis pernikahan itu turut disaksikan oleh keluarga, teman rapat dan rakan media

Sementara itu, Shahir memberitahu perkenalan dengan Jaskin, 30, sejak dua bulan lalu telah menimbulkan bibit-bibit cinta di antara mereka sebelum mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga.

“Alhamdulillah syukur segalanya telah berjalan lancar. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat.

Shahir Nikah

Debaran menantikan untuk disatukan sebagai suami Jaskin.

“Sebelum bernikah memang ada rasa gementar tetapi selepas semuanya selesai saya kini rasa lega. Semoga ikatan ini berkekalan sehingga ke akhir hayat,” katanya.

Terdahulu, pasangan ini mengikat tali pertunagnan pada 16 Julai lalu.

Sementara itu, Shahir dan Jaskin akan diraikan dalam sebuah majlis kenduri di lokasi sama pada malam Sabtu.