Shah Firdaus minta henti serang IG Jack Carlin, anggap kemalangan adat perlumbaan

Shah Firdaus minta henti serang IG Jack Carlin, anggap kemalangan adat perlumbaan

Kemalangan yang berlaku di velendrom Olimpik Tokyo 2020 melibatkan pelumba basikal Malaysia, Shah Firdaus akibat sentuhan daripada atlet Great Britain, Jack Carlin telah mendapat perhatian meluas rakyat Malaysia.

Justeru itu, sesetengah rakyat Malaysia yang tiada semangat kesukanan yang tinggi telah menyerang intagram peribadi Jack Carlin sehingga membuatkan atlet tersebut menutup ruangan komen di posting gambar yang dibuat.

Pesanan buat penyokong

Sedar dengan kemarahan dan rasa khuatir rakyat Malaysia akan kondisinya, Shah Firdaus telah memuat naik IG story dengan memohon rakyat Malaysia supaya berhenti melakukan serangan siber kepada atlet Grad Britain itu.

 

Dalam perkongsiannya, beliau memaklumkan berada dalam keadaan baik namun mengalami sedikit kecederaan ringan. Beliau juga akan turut berlumba dalan perlumbaan suku akhir esok (hari ini).

Shah sempat berpesan supaya berhenti untuk menghakimi mana-mana pelumba basikal jika berlaku kemalangan kerana itu merupakan adat dalam perlumbaan.

Beliau juga memohon agar orang ramai dapat mendoakan kesejahteraanya dan dapat berlumba seperti biasa.

Walaubagaimanapun, Shah Firdaus tidak layak mara ke semi final acara keirin mengikuti jejak Dato Azizulhasni Awang yang kini sedang mengesahkan tempat ke final.

Usahanya tetap dipuji kerana bangkit semula selepas kecederaan untuk berlumba ke peringkat repercharge semalam walaupun mengalami kecederaan sehingga layak ke suku akhir.

Sumber: IG Shah Firdaus