“Setiap kali makan, dia muntah…”, Isteri hidap penyakit ‘misteri’ lepas kahwin

“Setiap kali makan, dia muntah…”, Isteri hidap penyakit ‘misteri’ lepas kahwin

Kehilangan orang tersayang sangat perit untuk diterima apatah lagi dengan cara ‘sekelip mata’. Tiada siapa yang memahami perasaan ini tatkala kehilangan orang yang menjadi tempat bergantung kasih dan bermanja.

Pemergian yang sememangnya tidak dijangka benar-benar boleh mematahkan hati sesiapa sahaja yang melaluinya. Namun, hanya jiwa yang tabah dapat menerima ujian Allah yang sudah ditentukan olehNya.

Menerusi perkongsian yang tular baru-baru ini tentang seorang suami yang baru sahaja kehilangan isteri tercinta, Zullini Akmal pada 17 Februari lalu kerana penyakit misteri yang dihidapi arwah.

Menurut  Syed Syamin semasa menghubunginya, mereka baru sahaja bernikah pada 2 Februari yang lalu. Pada usia perkahwinan yang singkat, dia redha atas kehilangan isteri tercinta selepas 2 minggu menjalin cinta jannah.

 

Katanya, isterinya mendapat penyakit misteri tersebut selepas mereka berkahwin. Pada malam pertama perkahwinan mereka berlaku perkara aneh di mana ada ketulan darah yang besar keluar dari alat sulit arwah.

“Setiap kali makan, dia akan muntah dan badan jadi lembik tak bermaya…”

Selepas kejadian tu, kesihatannya semakim merosot hingga setiap kali makan dia akan muntah dan badan terus jadi lembik tidak bermaya. Jadinya, saya perlu memapah arwah untuk bergerak ke mana-mana. 

Selalu pada waktu malam mesti dia meracau seperti ada sesuatu yang menganggunya. Setiap kali tidur, saya tak boleh nak tinggal dia sensorang dalam bilik walaupun untuk ke tandas. 

Suaminya mendakwa sejak kejadian itu, arwah isterinya menderita kerana mengalami sakit dalam perut dan bahagian sulit sepanjang hari sehingga hari terakhirnya.

“Arwah pergi tenang sangat… lepas saya ucap kalimah syahadah di tepi telingganya, dia pejam dan pergi buat selamanya…”

Walaupun hanya sekejap melayari bahtera perkahwinan, suami ini bersyukur dapat menjaga bidadarinya dengan baik.

“Zullini Akmal binti Alias dalam kenangan 17/2/22”

Pilu dengan penderitaan arwah isterinya, dia sering menangis mengenangkan dugaan berat yang mereka hadapi. Kini, isterinya sudah tenang di Sana, sang suami redha dengan ketentuan Illahi. Hanya satu harapannya untuk orang ramai mendoakan semoga roh Zullini Akmal tenang di alam sana.

@en_syaminn

dalam kenangan zullini Akmal binti Alias..02022022,05022022,17022022#fypppppppp #zyxcba #dalamkenangan #cintasampaimati #bidadarisyurga #esekeli #fypシ

♬ Kepingan Hati – Charly Kustik