“Setiap bulan kita mesti ada..,” Lelaki kongsi panduan kumpul wang deposit rumah

“Setiap bulan kita mesti ada..,” Lelaki kongsi panduan kumpul wang deposit rumah

Sudah bertahun menyewa, pasti anda ingin memiliki rumah sendiri, kan? Dengan pelbagai skim ditawarkan kerajaan untuk pembelian rumah sejak musim pandemik, ramai yang mula mengambil langkah untuk membeli rumah sendiri.

Bercakap tentang jual beli rumah, deposit adalah salah satu cabaran terbesar untuk kebanyakan kita. Bukan mudah mengumpul wang puluhan ribu untuk dijadikan bayaran muka. Tetapi, tiada yang mustahil jika tahu caranya.

Tanpa membuang masa, mari baca perkongsian oleh penasihat kewangan, saudara Azizul Azli Ahmad mengenai cara menyimpan deposit rumah.

PANDUAN CIPTA DEPOSIT RUMAH

1. Bagi menghasilkan simpanan RM15 000 untuk deposit rumah berharga RM100 000 bukanlah mudah. Jika nak beli rumah RM200,000 dan RM300,000 gandakan sahaja

2. Ciptakan matlamat kewangan 3 tahun dari sekarang.

3. Pecahkan jumlah tersebut kepada 3 tahun. Setahun mesti ada RM5000 simpanan.

4. Setiap bulan kita mesti ada simpanan RM 417 sahaja

5. Setiap minggu simpanan kita sekurangnya RM107 sahaja.

6. Setiap hari kita harus menyimpan atau berjimat RM14 sahaja.

7. Jika telah berkahwin, kongsikan dengan pasangan kita. Suami kacak RM10, isteri jelita RM4. Kan bahagia.

8. Pecahkan matlamat kewangan kita jadi kecil kecil agar mudah dilaksanakan.

9. Berusahalah, kita bukan Dato’ **** yang kaya raya itu. Kita rakyat biasa yang kacak bergaya.

Gegadis bahagia ada lelaki wawasan cenggini, lemak mereka bergetar berkali kali.

Belajar panduan beli rumah disini ya
https://bit.ly/3k073HN
https://bit.ly/3k073HN
Azizul Azli Ahmad