“Setengah jam cuba kembalikan kau balik”, Keluarga terkejut remaja meninggal akibat sakit kepala, sesak nafas

“Setengah jam cuba kembalikan kau balik”, Keluarga terkejut remaja meninggal akibat sakit kepala, sesak nafas

Rezeki, ajal maut serta jodoh pertemuan adalah rahsia Allah SWT. Kita hanya mampu merancang dan Dia yang menentukan segala-galanya. Sebagai manusia, kita perlu yakin dan percaya dengan segala ketentuan yang telah ditetapkan-Nya untuk kita.

 

Mengadu sakit kepala dan sesak nafas

Siapa sangka hanya sakit kepala dan berasa sesak nafas, seseorang itu boleh pergi buat selama-lamanya. Kisah seorang pemuda yang telah pergi menghadap Ilahi tanpa sebarang penyakit itu diceritakan sendiri oleh kakaknya di Twitter.

Menerusi posting yang telah dimuat naik oleh Ambrose di akaun miliknya. Dia memberitahu bahawa adiknya yang lebih mesra dikenali sebagai Yo telah pergi meninggalkan mereka sekeluarga akibat sakit kepala dan sesak nafas.

Arwah mengadu kat mak saya, sakit kepala pagi tadi lalu sesak nafas dan tinggalkan kami begitu sahaja. Dia tak ada sakit apa-apa.

Kakaknya itu turut menjelaskan bahawa adiknya yang berusia 20 tahun itu bukan meninggal disebabkan jangkitan COVID-19 malah pihak hospital juga telah mengesahkan bahawa status COVID-19 arwah adalah negatif. Sehingga kini punca kematian masih belum diketahui.

Baru dapat call dari pihak hospital yang arwah negatif COVID-19. Alhamdulillah, Jumpa esok ye Yo.

‘Setengah jam cuba kembalikan kau balik…’

Walaupun, pada malam itu kakaknya memberitahu bahawa adiknya kelihatan sihat serta sempat lagi menonton perlawanan bola dan banyak makan, namun pada keesokan paginya adiknya telah pergi buat selama-lamanya.

Setengah jam cuba kembalikan kau balik. Ambulans datang apa semua. Kami semua usaha doa apa semua Yo tapi kau betul-betul pergi.

Sebelum ini, Allahyarham adiknya itu telah memberitahu bahawa mereka pada mulanya mempunyai tujuh orang ahli keluarga di rumah, namun hanya tinggal tiga orang sahaja kerana dua kakak bersama adik perempuannya berada di pusat kuarantin kerana dijangkiti COVID-19 manakala abang iparnya telah meninggal dunia akibat virus berkenaan.

‘Kau tweet macam ni.. Lepas tu kau pergi tinggalkan kitaorang?’