Setelah 6 bulan bercerai, Tegar sedih baru tahu si anak bukan dari benihnya

Setelah 6 bulan bercerai, Tegar sedih baru tahu si anak bukan dari benihnya

Setelah lebih 3 tahun mendirikan rumah tangga, penyanyi terkenal Indonesia Tegar Septian akhirnya mengumumkan sudah pun berpisah dengan dengan orang rumahnya iaitu Sarah Sheilka. Meskipun sudah pun dikurniakan seorang anak serta dilihat sebagai pasangan romantis, namun perkahwinan tersebut ternyata tidak bertahan lama.

Bongkar bekas isteri telah berbohong dan ada anak dengan lelaki lain sebelum nikah

Walau bagaimanapun, semalam Tegar telah pun membuat satu pendedahan menerusi sesi live. Penyanyi tersebut membongkarkan jika bekas isterinya selama ini telah berbohong dan telah mempunyai anak dengan lelaki lain sebelum menikah dengan dirinya. Malah selama tiga tahun menyara dan beri nafkah kepada Abidzar Oktaviano Putra Septian, dia merasa seperti dikhianati selain bersedia test DNA ingin dilakukan.

 

 

Sarah mengaku berbadan dua lepas baru 3 hari mereka bertemu

Sementara itu, Tegar juga sempat bercerita terdahulu Sarah telah mengaku hamil ketika baru 3 hari mereka berdua bertemu. Namun dek kerana kebingungan, penyanyi tersebut turutkan saja perancangan untuk bernikah secara rasmi pada tahun 2020. Malah ada yang menegur jika wajah selebriti tersebut juga berbeza dengan anak lelakinya.

 

@angga_irul

klarifikasi tentang anak tegar #fyp #tegarseptian #sarahsheilka #foryoupage

♬ suara asli – Angga Irul793 – Angga

Kalau tak nak mengaku anak ya sudah…Lagipun kau cuma bagi duit nafkah 500 ribu rupiah

Selepas viral pengakuan tersebut, Sarah akhirnya tampil menerusi beberapa posting di ruangan IG Story. Jelasnya, tuduhan itu adalah sangat tidak berasas selain menyifatkan Tegar cemburu apabila dirinya sudah bertemu serta bahagia dengan pasangan baru. Dalam pada itu, wanita berkenaan juga enggan ambil peduli jika bekas suami enggan mengaku anak. Sepanjang bergelar ayah, lelaki tersebut disifatkan sering saja culas dan malah banyak kali mempergunakan si kecil berkenaan.

 

 

Kredit: TikTok Angga, Instagram Sarah & Portal Intip Seleb