Setahun dipenjara kerana miliki syabu, Nia Ramadhani dikatakan mahu bercerai dengan suami?

Setahun dipenjara kerana miliki syabu, Nia Ramadhani dikatakan mahu bercerai dengan suami?

Umum tahu, pelakon terkenal Indoneisa iaitu Nia Ramadhani dan suaminya, Ardi Bakrie ditahan polis atas kesalahan penyalahgunaan dadah jenis syabu. Namun begitu, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara selama setahun bagi pasangan pelakon itu serta pemandu peribadinya.

Baru-baru ini, terdapat satu dakwaan yang mengejutkan ramai pihak apabila ada yang mendakwa pelakon Bawang Merah Bawang Putih itu telah memfailkan penceraian. Berikutan daripada itu, dakwaan berkenaan membuatkan warganet tertanya-tanya sama ada perkara tersebut adalah benar ataupun tidak.

Walau bagaimanapun, berita seperti itu bukanlah kali pertama berlaku, malah pernah juga pernah kecoh pada tahun 2019 kononnya rumah tangga Nia dan Ardi sedang bergolak dan sudah menemui jalan pengakhiran. Susulan daripada itu, wakil daripada keluarga Ardi, Lalu Mara tampil memberi penjelasan mengenai dakwaan tersebut.

Berita itu tidak betul. Sudahlah, semua itu adalah fitnah. Kalau nak cari makan pun, carilah dengan rezeki yang halal. Bukan dengan unsur fitnah seperti itu.

Mahkamah syariah tampil beri respon

Dalam pada itu, pihak Mahkamah Syariah Jakarta Selatan turut mengesahkan bahawa nama Nia dan suaminya tiada dalam rekod untuk permohonan tuntutan penceraian.

Difahamkan, melalui semakan rekod pada tarikh 15 Mac 2022, nama pelakon berusia 32 tahun itu tidak ada di dalam rekod sekali gus membuktikan bahawa tiada tuntutan dibuat bagi pihak Nia.

Terdahulu, pihak berkuasa telah menaham Nia Ramadhani, Ardi Bakrie dan pemandu peribadinya berikutan penemuan sejumlah dadah jenis syabu berharga 1.5  juta Rupiah (RM431.82) dalam sebuah kenderaan.